Nak Padam Akan Threads? Kena Padam Akaun Instagram Dulu Baru Boleh

padam akaun threads instagram sekali

Kalau Nak Padam Akaun Threads, Kena Padam Akaun Instagram Sekali

Threads iaitu aplikasi terbaru Meta yang disebut-sebut sebagai pesaing Twitter dilancarkan untuk pengguna global pada hari ini.

CEO Meta, Mark Zuckerberg berkata, aplikasi berkenaan berjaya mengumpul seramai 10 juta orang pengguna dalam tempoh 7 jam selepas dilancarkan.

Umum mengetahui, aplikasi ini bersambung dengan akaun Instagram dan tidak boleh didaftakan secara bebas.

Ketika proses pendaftaran masuk Threads kelihatan mudah kerana dipautkan bersama akaun Instagram, perkara ini sebenarnya bakal memberikan kejutan tidak terduga buat pengguna.

Kena padam akaun Instagram sekali, pengguna tidak boleh padam akaun Threads sesuka hati.

Untuk pengetahuan semua, jika anda berhajat untuk memadam akaun Threads secara kekal, anda sebenarnya perlu memadam akaun Instagram yang digunakan ketika mendaftar Threads sebelum ini.

Mudahnya, tiada butang ‘undo’ atau jalan lain untuk anda memadam akaun Threads selain turut kehilangan akaun Instagram.

Setakat ini, tidak dapat dipastikan sama ada pilihan untuk memadam akaun akan ditawarkan dalam kemas kini seterusnya. Namun, usah bimbang, walaupun anad tidak boleh memadam, akaun Threads masih boleh dinyahaktif untuk tempoh tertentu.

Tindakan menyahaktif akaun Threads sama sekali tidak akan memberikan apa-apa kesan kepada akaun Instagram. Difahamkan, pengguna Threads hanya dibenarkan untuk menyahaktifkan akaun seminggu sekali sahaja.

Bagaimanapun, ianya berbeza apabila anda menyahaktif akaun Instagram yang digunakan untuk mendaftar Threads.  Sekiranya langkah itu diambil, akaun Threads anda juga akan dinyahaktif bersama.

Apa yang akan terjadi jika anda menyahaktifkan profil Threads anda?

Selepas menyahaktifkan profil Threads, segala hantaran dan interaksi dengan hantaran pengguna lain tidak akan terpapar dalam Threads.

Perlu diketahui, apabila anda menyahaktif Threads, semua data termasuk hantaran-hantaran yang dibuat sebelum ini tidak akan terpadam sekali. Sebaliknya, anda perlu memadam hantaran-hantaran tersebut sendiri terlebih dahulu.

Juga diingatkan sekali lagi, tindakan menyahaktif akaun Threads tidak akan memberi apa-apa kesan kepada akaun Instagram anda.

BACA: Kenapa Abjad Papan Kekunci Disusun “QWERTY…”, Main Letak Atau Ada Sebabnya?

Sumber: News 18

The post Nak Padam Akan Threads? Kena Padam Akaun Instagram Dulu Baru Boleh appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*