KUALA LUMPUR: Tiket perlawanan Liga Super antara Selangor dan Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Ahad ini sudah habis dijual.
Perkembangan itu disahkan Selangor FC di laman Facebook rasmi kelab dan ia termasuk tiket yang diperuntukkan kepada JDT.
“Semua 700 tiket ‘away’ (pelawat) yang diperuntukkan sudah dibeli oleh pasukan pelawat,” kata Selangor FC.
Selangor FC turut menjelaskan penyokong pelawat tidak dibenarkan membeli tiket penyokong tuan rumah.
Kelab itu berkata, penyokong yang memakai jersi atau baju pasukan pelawat tidak dibenarkan masuk mengikut pintu pasukan tuan rumah.
sumber: BH
“Tiada penjualan tiket secara ‘online’ dan fizikal di stadium untuk penyokong ‘away’,” kata kelab itu.
Selangor kini berada di kedudukan kedua Liga Super dengan mengumpul 26 mata, lima mata di belakang JDT yang menghuni tangga teratas.