Perkhidmatan Kocek Dilancarkan, Tawar Khidmat Tukar Syiling Di Pejabat Pos

kocek syiling pejabat pos

Perkhidmatan Kocek Dilancarkan, Tawar Khidmat Tukar Syiling Di Pejabat Pos

Perkhidmatan Penukaran Syiling, KOCEK telah dilancarkan hari ini bagi membolehkan orang ramai melakukan pertukaran syiling di pejabat pos menerusi kerjasama Pertama Digital Bhd.

Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata inisiatif tersebut adalah untuk kerajaan mengimbangi kehilangan duit syiling dari pasaran yang melibatkan sejumlah angka yang besar saban tahun.

“Perkhidmatan KOCEK menyediakan akses yang mudah dan perkhidmatan yang cepat untuk membantu rakyat menukarkan koleksi syiling yang tidak digunakan kepada nilai tunai digital, yang dipindahkan ke akaun bank mereka.

“Ini akan mengurangkan keperluan mencetak dan mengedarkan syiling baru serta membantu menurunkan kos pengeluaran mata wang bagi bank pusat,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Inisiatif tersebut secara langsung merangsang semula pengedaran semula syiling yang tidak digunakan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Kerjasama strategik itu membolehkan KOCEK menawarkan perkhidmatan pertukaran syiling inovatif di cawangan Pos Malaysia di seluruh negara.

Beliau menjelaskan pengeluaran duit syiling tahunan oleh Bank Negara Malaysia bagi tempoh 2019 hingga 2022 adalah sebanyak 800 juta keping dengan anggaran kos RM64 juta setiap tahun, memetik Bernama.

Daripada jumlah tersebut, hampir 30 peratus atau 240 juta keping duit syiling daripada pengeluaran tahunan tidak kembali kepada kitaran mata wang, dengan anggaran kos pengeluaran RM20 juta setahun telah dibazirkan, katanya.

KOCEK kini boleh diddapati di empat lokasi di Lembah Klang dan dijangka akan berkembang hingga 30 cawangan menjelang akhir tahun 2023.

Pelancaran tersebut telah disempurnakan Ahmad Maslan dan turut hadir ialah Pengerusi Pos Malaysia, Tan Sri Syed Faisal Albar Syed; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Charles Brewer; dan Penolong Gabenor Bank Negara, Abd Rahman Abu Bakar.

Sumber: Kementerian Kewangan/Facebook

BACA: Syiling Pertama Yang Paparkan Potret Raja Charles III Dilancarkan

The post Perkhidmatan Kocek Dilancarkan, Tawar Khidmat Tukar Syiling Di Pejabat Pos appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*