Perkhidmatan Maybank Bakal Tergendala Sabtu & Ahad Ini

Perkhidmatan Maybank tergendala

Perkhidmatan Maybank Bakal Tergendala Sabtu & Ahad Ini

Susulan penyelengaraan sistem, beberapa perkhidmatan perbankan Maybank dilaporkan akan tergendala dari jam 12 tengah malam hingga 7 pagi pada Sabtu dan Ahad ini, lapor Sinar Harian.

Maybank dalam satu kenyataannya pada hari ini memaklumkan bahawa antara perkhidmatan yang terkesan melibatkan mesin juruwang automatik (ATM), terminal layan diri, Maybank2U dan perbankan dalam talian.

“Kami memohon maaf di atas kesulitan yang berlaku dan menghargai kefahaman anda.

“Sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian khidmat pelanggan Maybank 1-300-88-6688 jika anda di Malaysia, atau 603-78443696 bagi luar negara,” kata Maybank dalam kenyataan pada Jumaat.

BACA: Terkenal Di Seluruh Dunia, Ini Rupanya Kenapa Cadbury Guna Warna “Purple” Untuk Balut Coklat Keluarannya

Terdahulu, Maybank mengumumkan akan beralih sepenuhnya kepada kaedah pengesahan yang lebih selamat melalui Secure2u menjelang Jun 2023.

Ia termasuk aktiviti atau transaksi dalam talian yang berkaitan dengan pembukaan akaun, pemindahan dana dan pembayaran serta perubahan kepada maklumat peribadi dan tetapan akaun.

“Ini adalah selaras dengan cadangan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk bank berhijrah daripada Kata Laluan Satu Kali SMS (SMS OTP). Kepada pengesahan yang lebih selamat untuk transaksi-transaksi ini,” kata bank dalam satu kenyataan hari ini.

Pada masa ini, Maybank hanya membenarkan Secure2u untuk satu peranti bagi setiap pemegang akaun (setiap pelanggan).

Ia bertujuan untuk meminimumkan kemungkinan butiran perbankan dalam talian pelanggan dikompromi atau digunakan oleh mana-mana pihak ketiga.

Sebagai langkah keselamatan tambahan, Maybank memaklumkan pelanggan melalui SMS, ‘push notification’ dan emel apabila Secure2u telah didaftarkan pada peranti baharu.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Maybank Datuk Khairussaleh Ramli berkata ini adalah sejajar dengan usaha bank untuk mengutamakan keselamatan simpanan. Serta transaksi perbankan dalam talian pelanggannya pada setiap masa.

“Kami kekal komited dalam membantu pelanggan kami bagi mengelakkan mereka daripada ditipu oleh penipu.

“Ini dilakukan melalui langkah keselamatan sedia ada pada masa ini. Ketika kami secara berperingkat melancarkan lebih banyak langkah yang boleh membantu untuk menghalang atau meminimumkan kemungkinan pelanggan menjadi mangsa penipuan kewangan,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

The post Perkhidmatan Maybank Bakal Tergendala Sabtu & Ahad Ini appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*