Luahan Pembaca: Penumpang trauma kena ‘sidai’ di lapangan terbang

Saudara Pengarang,

TIDAK dinafikan, pengangkutan kapal terbang merupakan pilihan terbaik bagi mereka yang inginkan keselesaan terutama ketika pulang ke kampung ataupun melancong.

Malah, ramai penumpang sanggup menghabiskan beribu-ribu ringgit asalkan dapat menikmati perjalanan yang menyeronokkan.

Namun, tidak semua penumpang bernasib baik untuk melalui keseronokan itu apabila banyak masalah yang berlaku terutamanya isu ‘flight delay’.

Situasi menjadi rumit apabila pertukaran jadual penerbangan itu dibuat beberapa kali sehingga menimbulkan rasa kurang senang penumpang. Paling terkesan pastinya penumpang yang membawa bersama anak-anak kecil dan warga emas.

Penulis sendiri pernah melalui pengalaman pahit apabila jadual penerbangan ke Kota Kinabalu, Sabah yang telah tempah pada pukul 7.20 pagi telah ditukar ke 11.30 malam. Pertukaran masa itu bukan hanya menganggu perancangan awal penulis, malah menyebabkan banyak urusan yang sepatutnya dilakukan terpaksa dibatalkan.

Apa yang dipersoalkan oleh kebanyakkan penumpang adalah polisi yang dibuat oleh syarikat penerbangan dalam membuat keputusan untuk menukar jadual penerbangan sesuka hati.

Mungkin sudah tiba masanya pihak Kementerian Pengangkutan meneliti perkara ini bagi memastikan kualiti perkhidmatan syarikat penerbangan di Malaysia sentiasa dijaga.

Ingat, penumpang yang terkesan bukan setakat rakyat Malaysia, tetapi juga pelancong luar negara.

PENUMPANG KECEWA
Kota Kinabalu, Sabah

The post Luahan Pembaca: Penumpang trauma kena ‘sidai’ di lapangan terbang appeared first on Kosmo Digital.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*