Perlu pertolongan masa makan dan pakai baju, ibu risau anak terlalu manja

Sebagai ibu bapa, pastinya mahu anak untuk belajar berdikari dan buat semua sendiri semasa proses pertumbuhan anak ke arah dewasa.

Namun seorang ibu di China ini ketakutan memikirkan anaknya yang berusia 10 tahun terlalu dimanjakan oleh datuk dan nenek.

Pekara ini berlaku selepas dia menghantar anaknya untuk menghabiskan cuti musim sejuk bersama datuk dan nenek sebelah bapanya.

Menurutnya, datuk dan nenek anaknya terlalu memanjakan cucu dalam segala hal dan apabila anaknya pulang dia tidak lagi makan atau berpakaian sendiri lapor Star Video.

Si ibu lebih terganggu apabila mendapati anaknya jarang bercakap, kerana datuk dan neneknya memenuhi sebarang tuntutan yang dibuatnya dengan cuba memahami ekspresi muka dan pergerakan matanya.

“Perlukah saya gembira kerana ramai orang menyayanginya, atau saya perlu memukulnya, mungkin saya terpaksa menutup mata terhadap masalah itu?” tanya ibu.

Adakah kita perlu memberikan anak-anak kita kepada datuk dan nenek mereka untuk dijaga apabila kita bekerja jauh dari rumah?” katanya yang bingung bagaimana mahu melayan anaknya.

Tidak salah manjakan anak tapi tidak perlu secara berlebihan hingga menyebabkan dia malas dalam melakukan hal seharian.

Baca juga: Buat komen berbaur perkauman masa konsert AR Rahman, pemain hoki wanita digantung

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*