Observatori Negara Di Langkawi Berjaya Rakam Letusan Di Matahari

Observatori Negara Di Langkawi Berjaya Rakam Letusan Di Matahari

Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) memaklumkan bahawa satu letusan Matahari telah berjaya dirakam oleh sistem teleskop Observatori Negara Langkawi (ONL) pada 9 Mac 2024 lalu.

Menerusi hantaran di Facebook, MYSA berkata letusan tersebut berlaku di pinggir Timur Matahari yang membolehkan letusan itu dilihat keluar daripada permukaan matahari.

“Walaubagaimanapun, letusan ini tidak memberikan kesan kepada Bumi,” jelas Agensi Angkasa Malaysia.

Bersama hantaran berkenaan, MYSA turut memuat naik video kejadian yang berdurasi selama 10 saat.

Kata MYSA lagi, kadar aktiviti Matahari semakin meningkat apabila menghampiri kitaran Matahari Maksimum yang dijangka berlaku dalam tempoh setahun ini.

Dalam pada itu, MYSA berkata pihaknya melalui ONL sentiasa memantau aktiviti keadaan Matahari secara konsisten setiap hari.

Peristiwa letusan matahari pernah berlaku pada tahun 2017 dan 2021

Memetik dari Sinar Harian, satelit Balai Cerap Dinamik (SDO) di angkasa lepas milik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) merekodkan aktiviti selama lima jam di permukaan matahari.

Sewaktu sedang merekod aktiviti tersebut, terdapat kira-kira setengah dozen letusan berlaku.

Walau bagaimanapun NASA tidak berkongsi secara terperinci maklumat berkenaan aktiviti letusan yang dirakam berlaku tersebut.

Bagaimanapun, letusan berkenaan dikatakan tersembunyi di bahagian belakang permukaan matahari iaitu semasa imejnya sedang dirakamkan oleh satelit SDO.

Terdahulu pada Julai 2021, satu letusan berlaku pada permukaan Matahari iaitu kali pertama berlaku sejak tahun 2017.

Lanjutan itu, letusan berkenaan memberi kesan kepada bumi sehingga ia mengganggu gelombang rendah radio di sekitar wilayah Lautan Atlantik.

Dalam masa sama, para saintis berharap ketika bumi mengelilingi matahari, sebuah kawasan baharu dapat dirakamkan oleh satelit tersebut sekali gus membolehkan satu kajian lanjut dapat dilakukan oleh para saintis.

Menurut laporan Sinar Harian menerusi NASA, tompokan atau kawasan yang lebih sejuk kelihatan gelap pada permukaan matahari berdasarkan kepada gambar yang dirakamkan oleh satelit tersebut.

Satelit itu dilancarkan dari sebuah pusat pelancaran angkasa lepas di Cape Canaveral di Florida, AS dan berperanan memantau aktiviti di permukaan matahari sejak tahun 2010 lagi.

BACA: Berlaku Dua Kali Setahun, Ini Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Ekuinoks

Sumber: Agensi Angkasa Malaysia – MYSA via Facebook, Sinar Harian

The post Observatori Negara Di Langkawi Berjaya Rakam Letusan Di Matahari appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*