Tiket Bas Eksekutif Di Pantai Timur Dijangka Naik Harga 42 Peratus

Bas Eksekutif Di Pantai

Tiket Bas Eksekutif Di Pantai Timur Dijangka Naik Harga 42 Peratus

Pengusaha bas ekspres di Pantai Timur dijangka akan menaikkan harga tiket kelas eksekutif sebanyak 42 peratus, lapor Sinar Harian.

Menurut portal berita berkenaan, kenaikkan itu dijangkan berlaku kerana pengusaha-pengusaha mungkin tidak dapat menampung pelbagai kos dalam industri tersebut.

Pengerusi Eksekutif Konsortium E-Mutiara Bhd (E-Mutiara), Che Ibrahim Che Ismail berkata, pengusaha bas di beberapa negeri lain sudah pun melaksanakan kenaikkan tersebut.

Tambahnya, perbincangan sudah dilakukan di antara pengusaha bas di Pantai Timur, malah mereka turut bersetuju melaksanakan kenaikan harga tersebut.

“Kita akan mengenakan harga tiket sebanyak RM44 berbanding kini RM35 untuk bas ekonomi, manakala RM75 untuk bas eksekutif yang sebelum ini hanya RM44,” kata Che Ibrahim seperti dilaporkan dalam Sinar Harian.

Kata Che Ibrahim, bas eksekutif mempunyai barisan kerusi 2-1 manakala barisan kerusi bagi bas ekonomi pula adalah 2-2.

“Kenaikan harga tiket itu tidak berlaku dalam tempoh sepanjang musim perayaan ini kerana penumpang masih boleh membeli pada harga lama,” jelasnya.

Dalam masa sama, Che Ibrahim berpandangan bahawa harga tiket masih rendah sebelum ini berikutan persaingan di antara pengusaha bas bagi menarik pelanggan. Bagaimanapun, perkara itu kini tidak boleh diteruskan lagi.

“Banyak kos lain yang semakin meningkat termasuk harga bas, kos alat ganti dan kos operasi,” katanya lagi.

BACA: Dari Bumbung Rumah Ke Timbunan Sampah

BACA: Stoking Kalimah Allah: Pemilik FB Ditahan Muat Naik Hantaran Hina Islam

Sumber: Sinar Harian

The post Tiket Bas Eksekutif Di Pantai Timur Dijangka Naik Harga 42 Peratus appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*