“Check” Dulu Tarikh Pembuatan Sebelum Tukar Tayar Baharu, Ini Sebabnya

tarikh pembuatan tayar

“Check” Dulu Tarikh Pembuatan Sebelum Tukar Tayar Baharu, Ini Sebabnya

Penggunaan tayar dalam tempoh yang lama atau masa tertentu seperti tayar haus dan tayar rosak memerlukan ia digantikan dengan tayar yang baharu.

Sebagai seorang pemilik kereta, tentunya tayar yang ingin digunakan adalah berkualiti, selamat dan mesra wang saku.

Bukan itu sahaja, pemilihan tayar yang tepat sangat penting bagi memastikan pemanduan kenderaan sentiasa berada di tahap yang optimum.

Oleh itu, pelbagai aspek perlu dititikberatkan dalam pemillihan tayar seperti ketahanan, kemampuan cengkaman sewaktu jalan basah dan banyak lagi.

Jadi, SK hari ini akan berkongsikan salah satu aspek pemilihan tayar yang mungkin belum diketahui atapun terlepas pandang oleh pemilik kereta iaitu tarikh pembuatan tayar.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, mari kita ikuti perkongsian @pakwee_oe di bawah ini.

Tayar pun ada “tarikh lahir” 

Gambar: TikTok @pakwee_oe

Setiap kali pergi ke bengkel untuk menukar tayar baharu, apa aspek yang bakal dilihat terlebih dahulu?

Menurut Pak Wee, selain aspek jenama, ketahanan dan cengkaman, dia menjelaskan ramai orang terlepas pandang mengenai tarikh pembuatan tayar.

Sewaktu memilih tayar, pastikan anda melihat tarikh pembuatan tayar pada kod-kod yang tertera pada tayar. Setiap angka pada tayar adalah berbeza kerana merujuk pada minggu dan tahun.

BACA: Ketahui 3T Pada Tayar Kereta Sebelum Beli

Tarikh pembuatan tayar terdiri daripada empat nombor, dua nombor di hadapan merujuk kepada minggu (bulan) pembuatan manakala dua nombor di belakang pula merujuk kepada tahun pembuatan tayar.

Gambar: TikTok @pakwee_oe

Berikut cara mengenal pasti tarikh pembuatan tayar mengikut minggu (bulan);

01-04 merujuk kepada bulan Januari.

05-08 merujuk kepada bulan Februari

09-12 merujuk kepada bulan Mac

13-16 merujuk kepada bulan April

17-20 merujuk kepada bulan Mei

21-24 merujuk kepad bulan Jun

25-28 merujuk kepada bulan Julai

29-32  merujuk kepada bulan Ogos

33-36  merujuk kepada bulan September

37-40 merujuk kepada bulan Oktober 

41-44  merujuk kepada bulan November

45-48 merujuk kepada bulan Disember

Macam mana nak pilih tayar ikut tarikh pembuatan?

Tambahnya, dia menyarankan pengguna memilih tayar baharu mengikut tarikh pembuatan di bawah setahun. Ini kerana kebiasaannya jangka hayat maksimum bagi tayar adalah enam tahun dan lima tahun bagi pembuatan (manufacturing).

Sekiranya pemilik menggunakan tayar di atas lima tahun tarikh pembuatannya adalah berisiko kerana ia sedikit keras, tidak mencengkam jalan dan berpotensi meletup.

Sehubungan itu, jangan pelik mengapa tayar yang anda beli lebih murah berbanding harga asal.

Pastikan semak dahulu tarikh pembuatan tayar sebelum membeli bagi mengelakkan sebarang penipuan dalam pembelian.

@pakwee_oe

Mcm mne pilih tayar kereta?🤪🤪 >Cara tenggok Minggu< 01-04( bulan1)/05-08(bulan2) 09-12(bulan3)/13-16(bulan4) 17-20(bulan5)/21-24(bulan6) 25-28(bulan7)/29-32(bulan8) 33-36(bulan9)/37-40(bulan10) 41-44(bulan11)/45-48(bulan12) #pakwee #utkkomeajerr #kereta #car #tips #fyp #fypmalaysia #fypmalaysiatiktok #batugajah #batugajahperak #makwee #perak #ipoh #ipohperakmalaysia #carcar #fypmalaysiaviral #fypmalaysia🇲🇾tiktok #tayarmurah #tayarkereta #tayarkeretabajet

♬ original sound – PakWee – PakWee

Sumber: TikTok@pakwee_0e

The post “Check” Dulu Tarikh Pembuatan Sebelum Tukar Tayar Baharu, Ini Sebabnya appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*