Pernah Menderita Strok & Kanser, Ibu 81 Tahun Berjaya Genggam Ijazah

IBU 81 TAHUN MENERIMA IJAZAH

Pernah Menderita Strok & Kanser, Ibu 81 Tahun Berjaya Genggam Ijazah

Seorang wanita berusia 81 tahun yang juga bekas pesakit strok dan kanser membuktikan kekuatan dan ketabahan dimilikinya dengan berjaya memperoleh ijazah sarjana muda.

Dalam tempoh lapan dekad hidupnya, Janice Hall yang juga seorang ibu telah menderita dan terselemat daripada dua penyakit kronik yang boleh meragut nyawanya.

Pada usianya kini, Janice yang berasal dari Indiana, Amerika Syarikat memiliki 14 orang cucu dan 17 orang cicit.

Menurut laporan media tempatan, selepas disahkan bebas daripada dua penyakit tersebut, Janice tidak menunggu lama untuk mengejar cita-citanya.

Janice telah mendaftarkan diri bagi mengikuti pengajian Ijazah Pengurusan Organisasi di Universiti Bethel, sebuah universiti Kristian swasta di Indiana, beberapa tahun lepas.

Janice berkata, hasrat untuk menggenggam ijazah adalah sebahagian daripada ‘bucket list’ yang mahu dicapai sebelum dia meninggal dunia.

Menurut pihak universiti, kursus berkenaan mengajar bagaimana sesebuah organisasi berfungsi dan serta membangunkan kemahiran pengurusan serta kepimpinan pelajar.

Kursus berkenaan juga meliputi pelbagai topik termasuk sumber manusia serta ilmu pemasaran yang ditermahkan kepada pelbagai kemahiran teknikal. Antaranya mencakupi bidang ekonomi, kewangan, statistik dan pengurusan sistem.

Pelajar yang mengikuti kursus tersebut memperoleh ijazah masing-masing selepas tamat pengajian selama dua tahun dengan mengikuti kelas dua kali seminggu. Setiap sesi berlangsung selama empat jam.

Bercakap kepada media, Janice berkata bahawa umur dan ketidakupayaannya tidak menentukan siapa dirinya. Baginya, banyak perkara yang masih boleh dilakukan walaupun umur sudahpun lanjut.

“Kami (warga emas) mempunyai pengalaman hidup yang boleh dikongsikan dengan generasi muda,” katanya.

Foto konvokesyen Janice turut dikongsikan oleh anak lelakinya, Michael menerusi Facebook.

“Tahniah kepada ibu saya yang menerima Ijazah Sarjana Muda pada usia 81 tahun. Alangkah hebatnya kejayaan yang dicapai ini,” tulis Michael.

Hantaran Michael dibanjiri pujian daripada pengguna Facebook yang kagum dengan pencapaian dan usaha keras Janice.

Dalam pada itu, Janice difahamkan akan meneruskan pengajian ke peringkat sarjana dalam masa terdekat selepas diterima masuk mengikuti program pengajian sarjana di universiti yang sama.

BACA: Mayat Orang Asli Dipercayai Dibaham Harimau Ditemukan

Sumber: TYLA

The post Pernah Menderita Strok & Kanser, Ibu 81 Tahun Berjaya Genggam Ijazah appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*