LZS Agih RM34.25 Juta Bantuan Khas Keperluan Hidup Santuni 68,500 Penerima

LZS Agih RM34.25 Juta Bantuan Khas Keperluan Hidup Santuni 68,500 Penerima

JENJAROM, 7 November 2023 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) mengagihkan RM34.25 juta  menerusi Bantuan Khas Keperluan Hidup bagi menyantuni 68,500 asnaf fakir, miskin dan mualaf  di Selangor. Simbolik penyerahan bantuan diadakan dalam satu majlis bertempat di Masjid Al Falah, Kampung Jenjarom di sini hari ini. 

Agihan zakat ini merupakan pemberian tambahan kepada bantuan sedia ada yang diterima asnaf bertujuan membantu perbelanjaan isi rumah berikutan kenaikan harga barang, sekali gus  meringankan beban terutama dalam penyediaan barangan keperluan harian.  

LZS Agih RM34.25 Juta

Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM12,411,500 disalurkan kepada asnaf fakir melibatkan  24,823 penerima dan RM19,619,500 lagi disalurkan kepada 39,239 asnaf miskin, manakala RM2,219,000.00 disalurkan kepada asnaf mualaf seramai 4,438 penerima.  

Setiap ketua keluarga menerima bantuan one-off berjumlah RM500 yang dikreditkan terus ke  akaun bank penerima secara berperingkat bermula 30 Oktober sehingga 10 November 2023. Bagi  penerima yang tidak mempunyai akaun bank, mereka akan menerima bayaran menerusi baucer  tunai atau serahan tunai di cawangan LZS yang terlibat. 

Dalam majlis sama, tiga buah masjid dan surau daerah Kuala Langat turut menerima sumbangan  baik pulih serta peralatan masjid dengan jumlah keseluruhan bernilai RM223,000. 

LZS Agih RM34.25 Juta

LZS Agih RM34.25 Juta

Sementara empat individu asnaf fakir dan miskin masing-masing menerima bantuan pembinaan  rumah baharu, baik pulih rumah serta bantuan perubatan dengan keseluruhan bantuan zakat  berjumlah RM241,471. 

Simbolik penyerahan bantuan disampaikan oleh Orang Besar Daerah Kuala Langat, Dato’  Mohamed Al haj Tengku Harun dan Ketua Pegawai Operasi LZS, Ahmad Fadhil Hassan. Turut  hadir, Timbalan Ketua Divisyen Operasi Agihan Asnaf LZS, Md Yusmizan Yusuf. 

The post LZS Agih RM34.25 Juta Bantuan Khas Keperluan Hidup Santuni 68,500 Penerima appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*