Pernah Wujud Di Perak, Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu Pasal Kerajaan Raman

kerajaan raman perak

Pernah Wujud Di Perak, Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu Pasal Kerajaan Raman

Jika kita menelusuri pengajian sejarah di bangku sekolah menengah, kita sudah semestinya mendengar beberapa nama kerajaan kuno.

Antara nama kerajaan Melayu kuno yang sering didengari seperti Kedah Tua, Srivijaya, Majapahit dan sebagainya.

Akan tetapi, kita jarang mendengar salah satu kerajaan kuno yang pernah menjadi salah satu kerajaan terkemuka dalam sejarah Melayu iaitu kerajaan Raman.

Kerajaan Raman yang juga dikenali sebagai Reman atau Rahman telah bertapak di kawasan Melayu Patani dalam lingkungan 1800-an hingga 1900-an.

Dari namanya, mesti ramai yang menyangka bahawa kerajaan ini telah diasaskan oleh inidividu yang bernama Rahman.

Hakikatnya, nama Raman ini diambil daripada Bahasa Melayu Pattani iaitu Rama yang bermaksud, perhimpunan yang besar.

Dengan erti kata lain, populasi penduduk yang mendiami kawasan tersebut semakin bertambah sejak penubuhannya.

Sejarah penubuhan kerajaan Raman

Pemerintah pertama kerajaan Raman, Tuan Tok Nik Tok Leh yang juga merupakan kerabat diraja kerajaan Patani telah menubuhkan kerajaan ini.

Penubuhan negera ini susulan kerajaan Patani yang berpecah belah disebabkan menerima tekanan daripada kerajaan Siam.

Kredit: Awani

Oleh itu, Tuan Tok Nik Tok Leh telah mengisytiharkan wilayah yang meliputi kawasan Yala dan Hulu Perak merdeka sekitar tahun 1780-an.

Untuk makluman, negeri tersebut tidak memiliki kekuatan seperti kerajaan Melayu yang kebanyakannya merupakan kerajaan maritim.

Sungguhpun kedudukannya terkurung di darat (landloc ked), kerajaan ini mempunyai kekuatan ekonomi melalui perlombongan bijih timah.

Kredit: Awani

Kerajaan ini telah membangunkan Kelian Intan, iaitu sebuah perkampungan yang mengandungi pelbagai tempat perlombongan bijih timah.

Selain itu, kerajaan ini juga telah menetapkan Gerik, yang kini merupakan sebuah bandar di Perak sebagai ibu negerinya pada ketika itu.

Jangka hayat kerajaan ini tidak begitu lama, berlaku perang saudara

Walaupun kerajaan ini berkembang secara makmur namun kerajaan tersebut telah menemui pengakhiran sekitar awal 1900-an.

Secara ringkasnya, kerajaan Raman ini tidak bertahan lama dan hanya memiliki kira-kira empat pemerintah sahaja.

Kredit: Awani

Kejatuhan kerajaan ini bermula apabila berlaku perang saudara di Lenggong pada sekitar abad ke-19. Perkara itu berlaku sewaktu kerajaan ini cuba mendapatkan kemerdekaan.

Ketika itu, kerajaan Siam telah menculik dua kerabat diraja kerajaan Raman iaitu putera bongsu dan permaisuri diraja. Kedua-duanya telah dibawa Siam dan diisytiharkan mangkat pada 1899.

Selain itu, perang saudara itu tercetus akibat hasutan daripada kerajaan Sukhothai dan British yang berhasrat untuk memecah belahkan kerajaan Melayu pada masa itu.

Disebabkan faktor-faktor tersebut, kerajaan Raman telah tumbang dan dibubarkan secara sah pada 1902.

Oleh yang demikian, pada 16 Januari 1909, daerah di hulu Perak dan daerah-daerah yang lain telah diserahkan sepenuhnya kepada Perak.

Meskipun kerajaan Raman telah dimansuhkan namun sehingga kini masih terdapat segelintir penduduk di Perak yang bercakap menggunakan dialek Raman.

Demikianlah kisah kerajaan Raman yang kurang didengari dalam sejarah Melayu. Semoga bermanfaat.

BACA: RM800 Hanya Dapat Bilik Saiz ‘Stor’, Realiti Pahit Menyewa di Tengah Bandar

Sumber: Sinar Harian 

The post Pernah Wujud Di Perak, Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu Pasal Kerajaan Raman appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*