“Happy” Dengan Prestasi Ditampilkan, “Fans” Al-Ittihad Hadiahkan Jam Rolex Kepada Fabinho

al-ittihad jam rolex fabinho

“Happy” Dengan Prestasi Ditampilkan, “Fans” Al-Ittihad Hadiahkan Jam Rolex Kepada Fabinho

Bekas pemain tengah Liverpool, Fabinho dilaporkan telah dihadiahkan dengan seutas jam tangan Rolex oleh peminat selepas membuat penampilan sulungnya bersama Al-Ittihad, lapor Sportskeeda.

Pemberian seutas jam tangan Rolex itu berlaku selepas peminat kelab Timur Tengah tersebut berpuas hati dengan prestasi yang ditampilkannya ketika turun menentang Al-Raed.

Fabinho membuat penampilan sulungnya untuk kelab Liga Pro Saudi, Al-Ittihad dan berjaya memperolehi kemenangan 3-0 dalam perlawanan pembukaan Liga Pro Saudi.

Dalam perlawanan tersebut, Abderrazak Hamdallah menjaringkan satu gol dan Igr Coronado menjaringkan dua gol untuk pasukan yang berpangkalan di Jeddah itu.

Pemain Brazil itu menerima Rolex yang tidak dijangka sebagai hadiah daripada peminat untuk permainannya yang memberangsangkan.

Video pemberian hadiah itu telah dikongsikan oleh pengguna di laman X @TheKop Watch pada pagi tadi.

“Fabinho dihadiahkan oleh seorang peminat seutas jam tangan Rolex kerana dia bermain dengan baik,” tulis perkongsian tersebut.

Perkongsian video tersebut secara tidak langsung telah membuatkan pengguna media sosial tersebut turut meninggalkan komen mereka.

Antara komen yang ditinggalkan adalah:

“Patutlah dia pergi ke Saudi,” tulis seorang netizen.

“Ia sudah tamat untuk Eropah,” tulis seorang lagi netizen.

“Saya fikir dia cuma nak bergambar,” tulis seorang netizen yang menyangka peminat itu hanya mahu bergambar.

Dalam pada itu, tawaran yang lumayan dari Liga Pro Saudi dikatakan antara sebab utama mengapa banyak pemain berpindah ke Timur Tengah.

Video perkongsian Fabinho bersama peminat adalah gambaran kekayaan negara tersebut yang sangat luar biasa.

BACA: Ramai Lega, Masalah Lif PPR Selesai Selepas Tindakan Ini, Siap Nak Bagi Internet Percuma

Here We Go” Neymar Ke Al-Hilal Dengan Kontrak Dua Tahun

PARIS — Bintang Brazil, Neymar kini sah bergelar sebagai pemain kelab dari Liga Profesional Arab Saudi, Al-Hilal.

Perkara itu dimaklumkan oleh wartawan bola sepak antarabangsa, Fabrizio Romano dalam satu kenyataan di Facebook.

Neymar Ke Al-Hilal

Menurutnya, pemain berusia 31 tahun itu menyertai Al-Hilal dengan tawaran kontrak selama dua tahun. Neymar kini secara rasmi bergelar pemain kelab itu sehingga 30 Jun 2025

“Here We Go! Neymar Jr sah akan menyertai Al Hilal dalam perjanjian dua tahun,” maklumnya.

Difahamkan, kesemua dokumen telah disemak dan mendapat kelulusan daripada semua pihak.

Pemain sayap Paris Saint-Germain (PSG) itu kini dalam persiapan untuk berangkat Arab Saudi selepas selesai ujian perubatan lewat hari ini.  Dalam masa yang sama, Neymar Jr bakal menyarung jersi nombor 10 di Al Ahli.

Sumber: Sportskeeda

The post “Happy” Dengan Prestasi Ditampilkan, “Fans” Al-Ittihad Hadiahkan Jam Rolex Kepada Fabinho appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*