Perodua Axia Baharu 2023 Bermula RM38,600

axia baharu 2023

Perodua Axia Baharu (2023) Bermula RM38,600, Lebih 20k Unit Sudah Ditempah

Perodua Axia baharu (2023) dilancarkan dengan harga bermula RM38,600 hingga RM49,500 oleh Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA), lapor Pandu Laju.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad berkata, permintaan bertambah selepas pihaknya mengumumkan mengenai Axia baharu.

Seperti yang dilapor Pandu Laju, Zainal berkata tumpuan pertama pihaknya kini adalah memaksimumkan usaha penghantaran tempahan kepada pelanggannya.

Manakala tumpuan kedua adalah berusaha memujuk pelanggan Axia generasi terdahulu untuk bertukar kepada Axia 2023 kini.

“Daripada 44,000 tempahan sedia ada, Perodua mampu meyakinkan 13,600 pelanggan untuk bertukar kepada model terbaharu.

“(Dan)..mendapat lebih 6,500 unit tempahan baharu sejak 31 Januari tahun ini dengan jumlah gabungan tempahan 20,100 unit,” katanya, memetik Pandu Laju.

Spesifikasi Perodua Axia (2023)

Kredit: Pandu Laju
Kredit: Pandu Laju

Untuk Axia (2023) serba baharu ini, ia dijana dengan enjin 1.0L dengan transmisi dual-mod CVT (D-CVT).

Difahamkan, jenama itu mengeluarkan Axia dengan empat varian iaitu G berharga RM38,600, X pula RM40,000, manakala SE pada harga RM44,000 dan varian AV iaitu paling tinggi dijual dengan harga RM49,500.

Terdapat lima warna ditawarkan, iaitu Granite Grey (kelabu), Lava Red (merah), Glittering Silver (perak), Ivory White (putih, solid) dan Coral Blue (biru, warna baharu).

Pengeluaran pertama sebanyak 2,900 unit akan dihantar kepada pelanggan pertama.

BACA: Lelaki Ramal Gempa Bumi Kuat Bakal Landa Turkiye 3 Hari Sebelum Tragedi Benar-benar Berlaku

Daihatsu Perkenal Ayla EV, ‘Kembar’ Perodua Axia Versi Kereta Elektrik Di Indonesia

Sementara itu di Indonesia, syarikat pengeluar kereta Jepun, Daihatsu memperkenalkan sebuah kereta konsep kompak berkuasa elektrik, Daihatsu Ayla EV.

Daihatsu Ayla merupakan salah sebuah kereta yang dikategorikan sebagai Low Cost Green Car (LSGC) dan ia turut menjadi asas kepada model di pasaran Malaysia, Perodua Axia.

Difahamkan ia masih menggunakan platform asal, namun pihak pengeluar telah membuat pengubahsuaian untuk model baharu tersebut.

Ia melibatkan penggantian unit enjin serta tangki bahan api dengan memasang trenkuasa motor elektrik berkuasa 80.5 kuasa kuda serta bateri berkapasiti 32 kWh.

Mengambil kira pelbagai model dan segmen kenderaan yang dijualnya di pasaran, Daihatsu sebenarnya lebih menggemari Ayla untuk dijadikan kenderaan elektrik.

Tidak seperti pengeluar lain yang memilih kereta dalam kelas pertengahan atau premium.

Ayla sendiri merupakan kereta dalam segmen kenderaan empat roda yang jimat tenaga dan mampu milik (KBH2).

Sumber: Pandu Laju

BACA: Axia Rempuh “King” Sampai Terbalik Di Simpang Empat PICC Putrajaya

The post Perodua Axia Baharu 2023 Bermula RM38,600 appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*