Kalau Bahaya, Kenapa Wujud? Ini Fungsi Nyamuk Dalam Ekologi Ramai Tak Tahu

Fungsi nyamuk ramai tak tahu

Kalau Bahaya, Kenapa Wujud? Ini Fungsi Nyamuk Dalam Ekologi Ramai Tak Tahu

Nyamuk merupakan serangga penghisap darah yang sering dijumpai walau di mana anda berada. Walaupun bersaiz kecil, serangga ini boleh mendatangkan maut kepada manusia dengan tersebarnya penyakit bawaannya iaitu Aedes.

Penulisan hari ini akan berkisarkan tentang kewujudan fungsi nyamuk yang ramai tak tahu selain membawa penyakit yang mampu membunuh.

Kenapa nyamuk wujud?

Nyamuk dianggap sebagai agen kawalan biologi yang boleh membantu mengawal populasi serangga di dunia. Nyamuk juga mendebungakan bunga serta berfungsi sebagai sumber makanan kepada haiwan yang lebih besar seperti burung.

Selain itu, larva nyamuk pula adalah makanan untuk hidupan akuatik seperti ikan, katak, nimfa pepatung dan burung yang memakan serangga hidup di dalam air.

Larva nyamuk juga mempunyai hubungan simbiotik dengan beberapa krustasea kecil seperti copepod. Semasa peringkat larva nyamuk, copepods hidup dalam larva sehingga ia muncul daripada peringkat pupa ke dewasa.

Perbezaan nyamuk jantan dan betina

Nyamuk betina dewasa memakan nektar, bagaimanapun ia juga memerlukan darah untuk membiak. Serangga ini dilengkapi dengan mulut khusus yang membolehkan mereka menembusi kulit, menyuntik antikoagulan dan kemudiannya proses menghisap darah mangsanya.

Perlu difahami, hanya nyamuk betina sahaja yang menggigit manusia. Seekor nyamuk mampu menghidap darah sehingga tiga kali berat badannya. Nyamuk betina mesti menghisap darah bagi bertelur dan meneruskan proses pembiakan spesiesnya.

Gambar hiasan | Kredit: BERNAMA

Manakala nyamuk jantan pula tidak menghisap darah kerana ia tidak memerlukan darah untuk membiak, sebaliknya bergantung sepenuhnya pada nektar tumbuhan untuk mendapatkan nutrisi.

Gambar hiasan | Kredit: Any Pest

Kitaran hayat nyamuk

Kitaran hayat nyamuk terdiri daripada empat peringkat iaitu telur, larva, pupa dan dewasa. Betina akan bertelur di kawasan berair atau tempat yang lembap agar telur dapat berkembang (prosesnya). Telur biasanya menetas dalam masa 24 jam jika keadaan persekitaran yang dipilih bersesuaian.

Peringkat larva ialah di mana kitaran hayat nyamuk bermula. Dari sini nyamuk akan berkembang menjadi dewasa.

Gambar hiasan | Kredit: BERNAMA

Nyamuk paling aktif pada waktu malam, namun ia hanya hidup selama dua minggu sahaja. Walau bagaimanapun, nyamuk dipercayai boleh hidup lebih lama jika ia mempunyai bekalan makanan dan air yang baik serta mencukupi.

Dijangkakan kira-kira 3,500 spesies nyamuk boleh ditemui di seluruh dunia. Namun bukan semuanya akan menghisap darah manusia, malah dipercayai hanya beberapa ratus (spesies) daripadanya sahaja.

Selain itu, nyamuk ialah pendebunga penting kerana ia menyebarkan debunga dari tumbuhan ke tumbuhan. Sama seperti lebah atau rama-rama, nyamuk memindahkan debunga dari bunga ke bunga sambil memakan nektar.

Beberapa spesies tumbuhan bergantung sepenuhnya kepada nyamuk untuk pendebungaan. Di mana terdapat beberapa orkid yang ditemui di alam liar memerlukan nyamuk sebagai pendebunga utamanya.

Gambar hiasan | Kredit: NWF Blog

Jadi, walaupun ia mungkin menjengkelkan manusia kerana ancaman penyakit, namun sama seperti semua spesies lain yang wujud, nyamuk juga mempunyai tujuan dan peranan ekologi yang penting untuk dimainkan.

Anda boleh mengambil langkah untuk mengurangkan populasi nyamuk di sekitar kawasan rumah anda, namun anda perlu berhati-hati dalam melakukannya.

Elakkan menyembur racun perosak, sama ada yang dibeli sendiri atau mengupah syarikat pembasmi serangga.

Pemangsa pembunuh di dunia

Nyamuk adalah antara haiwan yang dipercayai paling berbahaya di planet ini. Ahli sejarah menganggarkan bahawa daripada 108 bilion orang yang hidup di Bumi ini, 53 bilion manusia daripada jumlah itu sudah terbunuh kerana nyamuk.

Gambar hiasan | Kredit: Shutterstock

Jumlah itu hampir separuh daripada semua manusia yang pernah hidup. Malangnya, kebanyakan mereka adalah kanak-kanak. Ini telah memberi kesan populasi yang tidak seimbang kepada orang di Afrika, kerana nyamuk membiak ‘subur’ di benua tersebut.

Penyakit berjangkit yang disebar oleh nyamuk

Nyamuk adalah pembawa dan penyebab terkenal bagi beberapa penyakit maut di dunia ini. Antaranya adalah:

Demam kuning

Penyakit ini disebarkan oleh nyamuk Aedes aegypti. Terdapat banyak gejala ringan termasuk demam, sakit kepala, loya dan muntah.

Dalam bentuk yang teruk, virus ini boleh menjejaskan jantung, hati dan buah pinggang serta boleh menyebabkan pendarahan dalaman.

Virus West Nile

Penyakit ini disebabkan oleh nyamuk spesies Culex. Gejala ringan termasuk demam dan sakit kepala. Dalam keadaan yang teruk, virus ini boleh menyebabkan keradangan maut pada saraf tunjang dan otak.

Demam denggi

Penyakit ini pula disebabkan oleh jangkitan daripada nyamuk Aedes aegypti atau Aedes albopictus. Gejala ringan termasuk ruam dan selesema.

Dalam bentuk yang teruk, virus ini boleh menyebabkan demam denggi berdarah dan sindrom kejutan denggi. Kedua-dua keadaan itu boleh membawa kepada maut.

Malaria

Penyakit ini disebarkan oleh nyamuk Anopheles. Gejala boleh dikesan seperti demam, sakit kepala, menggigil, muntah, cirit-birit, sakit otot atau sendi, sakit perut, keletihan dan pernafasan yang cepat.

Jika simptom ini menjadi teruk, ia boleh menyebabkan kematian kepada penghidapnya.

Virus Zika

Virus ini disebarkan oleh nyamuk Aedes aegypti atau Aedes albopictus. Gejala boleh dikesan seperti ruam, demam, dan sakit otot.

Kadangkala virus ini boleh menyebabkan masalah dengan otak atau sistem saraf seperti Guilain-Barre.

Wanita hamil yang dijangkiti penyakit ini berisiko tinggi untuk keguguran. Bayi mereka juga mungkin dilahirkan dengan kecacatan.

Kredit BERNAMA

BACA: Lelaki Ni Ajar Cara Nak Tengok Tahun Pembuatan Tayar, Tak Kena Tipu Dah

Tempat terburuk di dunia bagi nyamuk

Empat negara ini iaitu Brazil, Indonesia, Malaysia dan Thailand merupakan negara yang mempunyai populasi spesies nyamuk tertinggi di dunia. Dari segi endemik, negara yang paling teruk ialah Brazil, Australia dan Filipina.

Walau bagaimanapun, dalam penyebaran penyakit, kawasan yang paling teruk dilanda ialah Afrika, Asia dan Amerika Selatan. Di sini, virus bawaan nyamuk membunuh ratusan ribu orang setiap tahun.

Sumber: Any Pest, NWF Blog, AZ Animals

The post Kalau Bahaya, Kenapa Wujud? Ini Fungsi Nyamuk Dalam Ekologi Ramai Tak Tahu appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*