PETRONAS Pavillion Jadi Booth Paling Meriah di MotoGP Malaysia

Hujung minggu lepas telah berlangsung MotoGP Malaysia yang setiap tahun diadakan di PETRONAS Litar Antarabangsa Sepang (SIC). Korang tahu kan nama SIC sekarang dah ada PETRONAS kat depan? Haa, ini tahun pertama nama PETRONAS terpapar megah sebagai rakan kongsi SIC.

Kalau korang nak tahu, sepanjang tiga hari MotoGP Malaysia, booth PETRONAS antara yang paling meriah. Ada macam-macam aktiviti disediakan, siap ada diskaun produk-produk PETRONAS. Rugilah korang yang tak datang haritu. Banyak juga SK borang barang-barang PETRONAS.

Aku rasa, booth PETRONAS paling meriah kat MotoGP dan diorang tak panggil booth tau tapi PETRONAS Pavillion. Haa, nampak canggih kan? PETRONAS juga mengadakan sesi Meet & Greet pelumba-pelumba MotoGP bersama peminat mereka. Antara yang hadir ialah Marco Benzecchi, Pecco Bagnaia dan Jorge Martin.

Perlumbaan MotoGP juga berlangsung meriah, untuk kelas utama, Enea Bastianini menduduki podium utama, diikuti oleh Alex Marquez dan pendahulu carta kejuaraan MotoGP, Pecco Bagnaia.

Walaupun sudah tiada nama besar seperti Valentino Rossi, namun kehadiran penyokong sangat memberangsangkan. Bila dah habis, memang jem melekat nak keluar dari kawasan SIC. Diharap kemeriahan MotoGP Malaysia akan berterusan untuk tahun-tahun mendatang.

Boleh SK datang Pavillion PETRONAS lagi. Nak borang baju and minyak 4T PETRONAS.

The post PETRONAS Pavillion Jadi Booth Paling Meriah di MotoGP Malaysia appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*