Piala Dunia: Malaysia bangkit kalahkan Chile

ROURKELA – Malaysia terpaksa bangkit dua kali daripada ketinggalan untuk menewaskan Chile 3-2 dalam perlawanan yang penuh mendebarkan pada aksi kedua Kumpulan C di Stadium Hoki Birsa Munda sebentar tadi.

Chile membuka tirai jaringan menerusi Juan Amoroso pada minit ke-20 sebelum Muhammad Razie Rahim mengikat kedudukan buat Malaysia enam minit kemudian.

Martin Rodriguez kembali meletakkan Los Diablos di hadapan tiga minit kemudian sebelum Malaysia sekali lagi menyamakan kedudukan melalui Ashran Hamsani pada minit ke-41.

Penyerang lincah, Norsyafiq Sumantri muncul wira apabila meledak gol kemenangan Malaysia pada minit ke-42 selepas gol ketiga Chile dibatalkan pengadil ketika permainan berbaki tujuh minit lagi sebelum tamat.

Kemenangan dramatik itu kini meletakkan skuad negara sebelah kaki ke pusingan seterusnya walaupun berbaki satu lagi aksi terakhir Kumpulan C menentang New Zealand di Stadium Kalinga, Bhubaneswar pada Khamis ini. – KOSMO! ONLINE

The post Piala Dunia: Malaysia bangkit kalahkan Chile appeared first on Kosmo Digital.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*