Ketahui 3T Pada Tayar Kereta Sebelum Beli

3t tayar kereta

Ketahui 3T Pada Tayar Kereta Sebelum Beli

Tayar merupakan satu kompenan penting bagi sebuah kereta. Tanpanya, kereta yang dikuasakan dengan enjin turbo juga tidak mampu bergerak ke mana-mana.

Pemilihan tayar amat penting bagi memastikan pengalaman pemanduan yang lancar.

Bukan itu sahaja, penggunaan tayar yang tepat juga dapat mengelakkan tayar daripada merekah, gelembung, bergegar, cepat botak dan sebagainya.

Sebagai seorang pemandu, perlu mengetahui serba sedikit mengenai jenis-jenis tayar yang sesuai untuk digunakan. Lebih-lebih lagi ia juga bergantung dengan cara penggunaan pemandu

Oleh itu, setiap tayar dibekalkan dengan pelbagai ciri dan kod termasuk 3T. Apa itu 3t? Mungkin masih ramai terlepas pandang tentang perkara.

Jadi, SK hari ini akan berkongsikan maksud 3T pada tayar kereta yang disampaikan oleh Pakwee di akaun TikToknya.

Apa Itu 3T?

Sekiranya anda perasan, terdapat 3T yang tertera pada permukaan sisi tayar kenderaan. 3T merujuk kepada Treadwear (kadar kehausan), Traction (daya tarikan) dan Temperature (suhu).

Treadwear (kadar kehausan)

Gambar: TikTok @pakwee_oe

Treadwear (kadar kehausan) merujuk kepada tahap kekerasan sesuatu tayar berkenaan. Jika anda melihat pada sebelah tulisan treadwear turut disertakan nombor yang berfungsi mengukur tahap kekerasan tayar.

Jika nombor treadwear adalah rendah, ia bermakna tayar itu lembut dan mampu mencengkam jalan dengan baik. Manakala nombor treadwear tinggi pula merujuk kepada tayar yang lebih keras.

BACA: Jangan Terlebih & Terkurang, Abang Ni Kongsi Tip Isi Angin Tayar Kereta Dengan Betul

Jelas Pakwee, kereta harian tidak digalakkan untuk menggunakan nombor treadwear tinggi kerana ia berkemungkinan tidak mencengkam permukaan jalan. Kebanyakan tayar jenis ini digunakan oleh kenderaan berat.

Untuk kereta harian, dia menyarankan treadwear dalam lingkungan 280 hingga 400.

Traction (daya tarikan)

Gambar: TikTok @pakwee_oe

Bagi traction (daya tarikan), ia terbahagi kepada empat kategori. Kategori  tersebut adalah AA, A, B dan C. Traction (daya tarikan) adalah kebolehan pengawalan tayar sewaktu jalan basah atau hujan.

Dalam klip berkenaan, pakwee memberitahu untuk pemandu memilih tayar yang mempunyai kategori traction (daya tarikan) A dan AA. Ia bagi memastikan kawalan tayar kereta sewaktu hujan lebih terjamin dan selamat.

Temperature (suhu)

3t tayar kereta
Gambar: TikTok @pakwee_oe

Manakala temperature (suhu) pula  mempunyai tiga kategori iaitu, A B dan C. Menurut Pakwee, temperature (suhu) pada tayar berfungsi sebagai ketahanan dan tempoh yang yang diambil oleh tayar itu untuk membuang suhu panas.

Dia menyarankan pengguna agar memilih tayar mempunyai Temperature (suhu) kategori A.

@pakwee_oe

Pilih Tayer igat 3T ni🔊 #pakwee #makwee #utkkomeajerr #kereta #car #tips #batugajah #batugajahperak #perak #ipoh #ipohperakmalaysia #carcar #tayar #tayer

♬ Presentation – FlyFlyMusic

Sumber: TikTok @pakwee_oe

The post Ketahui 3T Pada Tayar Kereta Sebelum Beli appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*