Dengar Bunyi ‘Meow’, Pekerja Pembersihan Jumpa Kucing Dibuang Dalam Guni

Kucing Diikat Di Dalam

Dengar Bunyi ‘Meow’, Pekerja Pembersihan Jumpa Kucing Dibuang Dalam Guni

Sekumpulan pekerja syarikat pembersihan terkejut apabila menemui kucing dalam timbunan sampah yang baru diangkat di tepi jalan.

Kejadian itu berlaku di waktu pagi, ketika sedang memungut sampat di pekan Kuala Nerang, pada Jumaat.

Menurut salah seorang pekerja, Aziz Dahlan, 48, berkata, mereka terdengar bunyi meow sebelum memeriksa timbunan sampah yang dipungut.

“Ketika tong sampah diangkat ke dalam lori bunyi ‘meow’ itu kedengaran semakin kuat dan saya cuba mencari bunyi berkenaan dan menjumpai sekarung guni.

“Apabila saya mengangkat guni yang diikat dengan tali dan membukanya, menjumpai seekor kucing di dalamnya lalu saya melepaskannya,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.

Kejadian berkenaan turut dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok menerusi akaunya, @khairulaswad458.

Menerusi video berkenaan, dapat dilihat kucing berkenaan dibuang dalam guni yang diikat sebelum diletakkan bersama timbunan sampah tersebut.

Guni berkenaan kemudian dibuka dan kucing itu didapati masih bernyawa dan berada dalam keadaan sihat.

Mereka ternyata merasa amat terkjut dan tidak menyangka ada individu tidak bertanggungjawab yang tergamak melakukan perbuatan berkenaan.

Rata-rata komen di video mengucapkan terima kasih kepada pekerja yang terlibat menyelamatkan haiwan berkenaan.

“Terima kasih pada abang yang menyelamatkan kucing ini. Semoga murah rezeki mereka,” kata seorang warga maya.

Ada juga pengguna media sosial yang kecewa dan mengecam perbuatan individu yang membuang kucing tersebut.

“Allahuakbar, kenapa lah tak berhati perut langsung yang buang macam ini. Semoga semua kucing dan anjing di jalanan sentiasa dalam lindungan Tuhan”, kata seorang lagi warga maya.

BACA: Kucing Comel Ditemui Tercedera Di KLIA Telah Diselamatkan – Malaysia Airports

@khairulaswad458

Ya Allah pasal apa lah teruk sangat manusia sekarang ni.kucing depa buang dalam tong sampah

♬ Instrumen Sholawat Sedih – Yuda pratama

Sumber: khairulaswad458

The post Dengar Bunyi ‘Meow’, Pekerja Pembersihan Jumpa Kucing Dibuang Dalam Guni appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*