PM Anwar Dilapor Tidak Sihat – Laporan

pm tidak sihat

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan tidak sihat, demikian makluman oleh Menteri Sumber Manusia, V.Sivakumar seperti yang dilapor Awani.

Menurut Sivakumar, PM Anwar dimaklumkan tidak sihat bagi menghadiri sambutan Thaipusam yang berlangsung di Kuil Sri Subramaniar Swamy di Batu Caves hari ini.

“Perdana Menteri sepatutnya hadir ke sambutan Thaipusam (di Batu Caves) hari ini, namun beliau menghubungi saya pagi tadi memaklumkan beliau tidak sihat dan terpaksa pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan,” katanya, memetik Awani.

Difahamkan, satu perjumpaan bersama semua jawatankuasa kuil-kuil akan diadakan dalam masa terdekat bagi menyampaikan amanatnya, menurut Sivakumar.

Dalam pada itu, kemeriahan sambutan Thaipusam di Batu Caves diraikan dengan kegembiraan susulan disertai oleh ratusan ribu penganut Hindu.

Sambutan tersebut turut dimeriahkan dengan pengunjung yang datang ke kuil tersebut.

MCMC, PDRM digesa siasat gambar fitnah perdana menteri

Sebelum ini, Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil menggesa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menyiasat satu hantaran di Facebook yang memfitnah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, dengan menularkan sekeping gambar lama.

Memetik Bernama Fahmi Fadzil berkata berkata pemilik akaun Facebook Sam My itu didapati berniat jahat dan sengaja menimbulkan prasangka buruk terhadap Perdana Menteri.

Suspek bertindak untuk menyiarkan gambar berkenaan sambil mengaitkannya bersama saranan kerajaan supaya rakyat mengamalkan sikap berjimat cermat.

“Pemfitnah ini telah menggunakan gambar lama (individu di kanan gambar Abd Rahman Yusof, kenalan saya telah lama meninggal dunia pada 8 Jun 2021) dalam fitnah ini.

“Saya telah mohon MCMC dan PDRM siasat segera,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya hari ini.

Gambar yang dimuat naik oleh pemilik akaun Facebook Sam MY semalam memaparkan gambar Anwar sedang makan bersama beberapa individu mendakwa rakyat disuruh makan menu Rahmah sedangkan Perdana Menteri menikmati hidangan daging unta.

Menjengah di ruangan komen Facebook Fahmi Fadzil, rata-rata ramai yang menghina perbuatan lelaki tersebut dan berkata tindakan sedemikian tidak patut dilakukan.

“Kalau yang beri fitnah keterlaluan ni memang patut dihukum untuk menjadi pengajaran yang lain yang suka-suka nak fitnah. Moga Allah permudahkan untuk cari penfitnah ini,” kata netizen.

Sumber: Awani

The post PM Anwar Dilapor Tidak Sihat – Laporan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*