PM Anwar Islamkan Saudara Baru Di New York Selepas Khutbah Jumaat

PM Anwar Islamkan Saudara Baru Di New York Selepas Khutbah Jumaat

PM Anwar Islamkan Saudara Baru Di New York Selepas Khutbah Jumaat

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memimpin seorang lelaki mengucap khalimah syahadah selepas menyampaikan Khutbah dan menunaikan solat Jumaat di Pusat Kebudayaan Islam New York, hari ini.

Di media sosial, turut tular sebuah klip yang menunjukkan detik-detik Perdana Menteri itu membantu saudara baru bernama Andrew Vinals memeluk agama Islam.

 

Sebelum ini BERNAMA melaporkan Perdana Menteri adalah pemimpin negara luar pertama diberikan penghormatan menyampaikan khutbah di masjid ICCNY yang bersejarah.

Masjid tersebut merupakan masjid pertama dibuka di kota New York pada 25 September 1995 serta turut menempatkan ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Berita lanjut bakal menyusul

BACA: Ada Tupat Sotong, Beef Skewer & Banyak Lagi, Lelaki Nekad Jual Lokching Lain Dari Yang Lain

Sumber: Bernama via X

The post PM Anwar Islamkan Saudara Baru Di New York Selepas Khutbah Jumaat appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*