Bintang K-pop ASTRO, Moobin Ditemukan Meninggal Dunia Di Rumahnya

moobin meninggal dunia

Bintang K-pop ASTRO, Moobin Ditemukan Meninggal Dunia Di Rumahnya

Ahli kumpulan K-pop ASTRO, Moobin dilaporkan telah meninggal dunia kira-kira 8 malam, pada Rabu (hari ini) di usia 25 tahun.

Lapor Soompi, Balai Polis Gangnam Seoul melaporkan bahawa Moobin ditemui mati di kediamannya di daerah Gangnam di Seoul pada hari ini.

Pengurusnya yang menemui Moobin segera menghubungi polis supaya siasatan dapat dijalankan.

Berdasarkan siasatan awal, polis menyatakan bintang k-pop itu disyaki bunuh diri namun siasatan akan diteruskan bagi mengenal pasti punca kematiannya.

“Kami sedang membincangkan kemungkinan untuk melakukan bedah siasat untuk menentukan punca kematian dengan tepat,” katanya.

Difahamkan juga, sebelum pemergiannya, Moobin dijadualkan untuk membuat persembahan di Dream Concert.

Persembahan itu merupakan salah satu promosi yang sedang dibuat untuk kumpulan sub unit ASTRO, Moobin&Sanha.

Moobin&Sanha mengadakan Fan Con Tour: (Diffusion) bermula di Seoul, Korea Selatan pada 18 dan 19 Mac.

Kemudian kumpulan sub unit itu akan ke Manila (Filipina) pada 25 Mac, Bangkok (Thailand), 8 April dan Macau (China) pada 22 April ini.

BACA: Bayi Lelaki Meninggal Dunia Di Rumah Pengasuh

Pelakon & Model Korea Selatan, Jung Chae Yul meninggal dunia

Gambar: Instagram Jung Chae Yul

Sebelum ini, media melaporkan pelakon dan model  Korea Selatan, Jung Chae Yul dilaporkan meninggal dunia pada usia 26 tahun, lapor Koreaboo.com

Menurut laporan Star News, pelakon terbabit ditemui dalam keadaan tidak bernyawa di rumah pada awal pagi hari ini. Pihak pengurusannya dalam satu kenyataan mengesahkan kematian Chae Yul.

“Kami di sini ingin menyampaikan berita yang menyayat hati. Chae Yul telah meninggalkan kami.

“Majlis pengebumian akan diadakan secara tertutup atas kehendak keluarga mendiang. Kami berharap orang ramai mendoakan kesejahteraan Chae Yul agar dapat berehat dengan tenang di sana,” maklum kenyataan tersebut,” maklum kenyataan itu.

Berita pemergian aktres itu turut mengejutkan rakan-rakannya dalam K-Drama Wedding Impossible. Tambahan lagi, drama itu kini sedang dalam penggambaran dan bakal ditayangkan tidak lama lagi.

Kakitangan dan rakan pelakon itu turut berkongsi rasa duka berhubung pemergian Chae Yul di akaun Instagram masing-masing.

Berikutan itu, pihak produksi Wedding Impossible turut mengambil keputusan untuk membatalkan penggambaraan sehingga 12 April 2023. Ia bagi mengikuti perkembangan kes itu dengan lebih terperinci.

Sumber: Soompi

The post Bintang K-pop ASTRO, Moobin Ditemukan Meninggal Dunia Di Rumahnya appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*