PM Anwar Pimpin Lafaz Kalimah Syahadah Saudara Baharu Peluk Islam

anwar kalimah syahadah memeluk islam

PM Anwar Pimpin Lafaz Kalimah Syahadah Saudara Baharu Yang Baru Memeluk Islam

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memimpin ucapan kalimah syahadah oleh seorang lelaki yang baharu memeluk Islam.

Menurut Astro Awani, acara bermakna itu dijalankan selepas beliau menunaikan solat Jumaat bersama jemaah di sekitar Masjid Ar-Rahimiah, Klang.

Ucapan lafaz syahadah itu melibatkan seorang lelaki warganegara Malaysia, berbangsa India dan disaksikan berpuluh-puluh jemaah.

Menariknya, saudara baharu itu menggunakan Muhamad Anwar Karthiban selepas memeluk Islam di hadapan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan jemaah yang lain.

Majlis itu menjadi lebih simbolik kerana lelaki tersebut memilih untuk berkongsi nama dengan Perdana Menteri Kesepuluh itu.

Terdahulu, kira-kira 1,000 jemaah teruja kerana dapat menunaikan solat Jumaat bersama Perdana Menteri. Mereka turut mengambil peluang bergambar bersama sosok pemimpin negara di kawasan tersebut.

Selepas selesai menunaikan solat, Anwar telah bersalaman dengan jemaah yang hadir di masjid tersebut selama 15 minit. Beliau dilaporkan beredar dari masjid dalam lingkungan pukul 2.24 petang, hari ini.

Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.

 

BACA: Intan Najuwa Selamat Berkahwin, Mas Kahwin RM 20 Ribu & Barang Hantaran RM 222 Ribu

PM Anwar Gagal Tahan Sebak, Air Mata Menitis Ketika Melawat Keluarga Mangsa Nahas Pesawat

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat mengesat air matanya menggunakan sapu tangan ketika melawat keluarga mangsa nahas pesawat terhempas di Elmina sebentar tadi.

Kejadian itu berjaya dirakam oleh pengguna dan kemudian memuat naiknya di TikTok @sampoisgt.

Lawatan keluarga mangsa itu dibuat Anwar di Jabatan Forensik, Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) pada tengah hari tadi.

Lawatan itu turut diiringi oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari. Selain itu, lawatan itu turut diiringi oleh Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa.

Menerusi perkongsian video tersebut, Anwar pada awalnya dilihat berjumpa dengan keluarga mangsa nahas dan bersalaman dengan mereka.

Beliau turut dilihat meluangkan masa mendengar luahan kaum keluarga mangsa nahas dengan teliti dan cuba memberikan kata-kata semangat kepada mereka.

Di akhir lawatan itu, Anwar dilihat tidak dapat menahan kesedihan sebelum mengambil sapu tangan dari poketnya lalu mengesat air matanya.

Anwar difahamkan sepatutnya dijadualkan ke Sri Petaling untuk menunaikan solat Jumaat dan makan tengah hari bersama para jemaah, namun membatalkan rancangan tersebut dan terus bergegas ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah.

BACA: Ini Maksud & Asal-usul “Mayday”, Panggilan Kecemasan Penting Dalam Industri Penerbangan

Sumber: Astro Awani

The post PM Anwar Pimpin Lafaz Kalimah Syahadah Saudara Baharu Peluk Islam appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*