Turkiye Tahan 34 Suspek, Disyaki Mengintip Untuk Israel

Turkiye tahan 34 suspek

Turkiye Tahan 34 Suspek, Disyaki Mengintip Untuk Israel

Turkiye dilapor menahan seramai 34 orang individu kerana disyaki merancang penculikan dan pengintipan bagi pihak Mossad iaitu agensi perisikan Israel.

Menurut AFP, operasi tangkapan itu dijalankan seminggu selepas amaran keras dikeluarkan Presiden Recep Tayyip Erdogan.

Erdogan sebelum ini memberi amaran akan ada ‘akibat serius’ sekiranya Israel menyasarkan mana-mana figura warga Palestin yang menetap atau bekerja di negara itu.

Menurut AFP, ramai tokoh dan pemimpin Palestin menetap di Turkiye sejak berdekad lalu.

Dalam pada itu, AFP memetik sumber keselamatan Turkiye berkata bahawa kebanyakan daripada 34 orang yang ditahan itu adalah warga asing.

“Kami berazam untuk memastikan tiada agensi perisikan asing yang beroperasi di tanah Turkiye tanpa kebenaran yang sewajarnya,” kata sumber tersebut kepada AFP.

Mereka yang ditahan disyaki telah direkrut oleh Mossad untuk menjalankan ‘operasi yang menyasarkan rakyat Palestin dan ahli keluarga mereka’.

Kerajaan Turkiye turut mengeluarkan rakaman video yang menunjukkan operasi penahanan dijalankan pihak berkuasanya.

Ejen-ejen pasukan keselamatan Turkiye dirakam memecah masuk beberapa bangunan dan rumah serta melakukan tangkapan.

Pejabat Pendakwa Raya Istanbul memaklumkan sekurang-kurangnya 12 orang lagi suspek masih bebas.

Dalam pada itu, Erdogan turut mengeluarkan kenyataan ringkas selepas operasi berkenaan dijalankan.

“Terdapat operasi berbahaya dan percubaan sabotaj dilakukan terhadap Turkiye dan kepentingan negara ini,” katanya.

Serbuan berkala sering dilakukan oleh Turkiye

Terdahulu, Agensi Perisikan Turkiye (MIT) dilapor sering melakukan serbuan berkala terhadap warga Israel yang disyaki operator perisikan yang tinggal atau bekerja di Ankara dan Instanbul.

Kebanyakan suspek yang ditahan disyaki melakukan pengawasan ke atas rakyat Palestin yang tinggal di negara berkenaan.

Hubungan di antara Turkiye dengan Israel dilapor keruh selepas konflik Israel-Hamas meletus sejak 7 Oktober 2023.

BACA: Tak Ada Kaitan Dengan Musang, Ini Asal Usul Nama Durian Musang King Yang Ramai Tak Tahu

Sumber: AFP

The post Turkiye Tahan 34 Suspek, Disyaki Mengintip Untuk Israel appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*