PM beri jaminan, tarif elektrik tidak akan dinaikkan kerana ia akan membebankan rakyat

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan bahawa kerajaan tidak akan menaikkan tarif elektrik walaupun jumlah keseluruhan kos subsidi bahan api itu bakal mencecah RM30 bilion.

Bagaimanapun, tarif elektrik akan dinaikkan sedikit bagi kategori syarikat multinasional yang mengeksport produk ke luar negara dan butiran mengenai kenaikan tarif itu kelak akan diumumkan oleh Menteri Sumber dan Tenaga Asli, Nik Nazmi Nik Ahmad.

“Berdasarkan laporan Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) semalam, kita memutuskan supaya cadangan awal untuk naikkan tarif elektrik itu tidak diteruskan kerana kita akui ia akan membebankan rakyat, walaupun kita akui jika tidak ada apa-apa dilakukan, ia akan memberi kesan kepada kewangan negara agak tinggi iaitu RM30 bilion.

“Maka menteri berkenaan akan membuat pengumuman. Jika dikenakan pun hanya kepada syarikat multinasional yang eksport kerana tarif terlalu rendah buat mereka dan subsidi itu tidak harus diberikan kepada syarikat gergasi yang (mendapat) untungnya tinggi,” katanya.

Tambahnya lagi, kenaikan tarif itu tidak akan memberi kesan kepada rakyat secara amnya, termasuk syarikat industri kecil sederhana, syarikat pertanian dan pengeluar makanan.

BACA: Difitnah dapat pengampunan Diraja melalui penipuan, Anwar saman Sanusi

Sumber: Astro Awani

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*