Polis Berkas Suami Isteri, Disyaki Bekal Senjata Api Kepada Lelaki Israel

Suami Isteri Diberkas

Polis Berkas Suami Isteri, Disyaki Bekal Senjata Api Kepada Lelaki Israel

Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilapor telah memberkas pasangan suami isteri yang disyaki menjadi pembekal senjata api kepada lelaki warga Israel yang ditahan di Jalan Ampang, pada Rabu.

Menurut Sinar Harian, pasangan itu yang masing-masing berusia 42 dan 40 tahun ditahan oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

Kedua-dua suspek ditahan di sebuah bazar Ramadan di Kuala Selangor, kira-kira 7.15 malam pada Jumaat.

Pihak polis kemudian turut menemui sepucuk pistol dalam beg galas dalam sebuah kereta semasa pemeriksaan di kediaman suspek di Kuala Selangor.

“Suspek lelaki dipercayai individu bertanggungjawab membekalkan enam pistol kepada lelaki warga Israel yang memasuki negara ini menggunakan pasport Perancis,”, kata sumber seperti dilaporkan dalam Sinar Harian.

Susulan itu, pasangan berkenaan akan direman untuk siasatan lanjut, hari ini.

Dalam sidang akhbar pada hari Jumaat, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain mendedahkan penahanan suspek warga Israel berusia 36 tahun di sebuah hotel di Jalan Ampang, Rabu lalu.

Semasa ditahan, pihak polis turut menemui enam pistol termasuk SIG Sauer, Smith dan Wesson serta Glock selain 200 butir peluru.

Menurut laporan Sinar Harian lagi, lelaki tersebut memilik dua pasport iaitu pasport Perancis yang digunakan untuk masuk ke Malaysia dari Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 12 Mac lalu. Satu lagi pasport adalah pasport Israel.

Semasa disoal siasat, suspek mendakwa datang ke negara ini untuk mencari seorang individu yang merupakan rakyat negaranya untuk dibunuh.

Suspek turut memberitahu ia berkaitan dengan isu keluarga, namun begitu pihak polis tidak mempercayai dakwaan tersebut.

BACA: Polis Tahan Lelaki Warga Israel Bersama Enam Pucuk Pistol

Sumber: Sinar Harian

The post Polis Berkas Suami Isteri, Disyaki Bekal Senjata Api Kepada Lelaki Israel appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*