Terbongkar, Sindiket Pekerja “Airport” Curi Barang Dari Bagasi Penumpang, Lebih RM10 Juta

pekerja airport curi

Terbongkar, Sindiket Pekerja “Airport” Curi Barang Dari Bagasi Penumpang, Lebih RM10 Juta

Sekumpulan pekerja di sebuah lapangan terbang di Sepanyol ditahan selepas didapati terlibat dalam jenayah mencuri barang daripada bagasi penumpang.

Menurut laporan Daily Mail, kerugian yang dicatatkan akibat jenayah tersebut mencecah hampir £1.7 juta (RM10.5 juta).

Antara penumpang-penumpang yang menjadi mangsa jenayah termasuklah mereka yang menggunakan penerbangan Ryanair, easyJet, Jet2 dan British Airways.

Setakat ini, pihak berkuasa tempatan sudah pun menahan seramai 14 orang suspek. Manakala 20 orang lagi sedang dalam siasatan polis.

Terdahulu, pihak berkuasa memulakan siasatan selepas berlaku peningkatan aduan berhubung kes kecurian daripada beg penumpang yang diperiksa di Lapangan Terbang Tenerife Selatan, Sepanyol.

Kumpulan penjenayah itu dipercayai menggunakan modus operandi dengan cara melengah-lengahkan proses memuatkan beg penumpang ke dalam ruang kargo pesawat.

Sindiket pekerja airport curi barang penumpang, kantoi

Dalam proses tersebut, penjenayah kemudian akan membuka zip beg penumpang secara senyap dan mencuri barang-barang harga yang ditemui.

Beg kemudian dimuat dalam tempat simpanan tanpa meninggalkan sebarang kesan dan tanda-tanda yang meragukan.

pekerja airport curi
Kredit Pen News

Menurut Daily Mail lagi, antara barangan yang dicuri adalah seperti barang kemas, telefon bimbit, jam tangan dan pelbagai peranti elektronik.

Pelbagai barangan mewah telah dirampas

Selain itu, operasi yang dijalankan polis Sepanyol turut menemui barang curi seperti wang ringgit, Playstation 5 dan Nintendo Switch.

Pihak berkuasa turut mendedahkan gambar-gambar barang curi yang dirampas kepada orang awam.

pekerja airport curi
Kredit Pen News

Dalam satu kenyataan, jurucakap pihak berkuasa Sepanyol berkata, mereka turut menggeledah loker pekerja untuk mencari bukti jenayah.

“Penggeledahan dibuat di beberapa tempat, seperti loker pekerja, kereta-kereta milik pekerja dan juga rumah mereka.

“Secara keseluruhan, kami merampas 29 jam tangan mewah, 120 barang kemas termasuk emas dan batu permata, 22 telefon bimbit serta pelbagai peranti elektroknik.

“Kami turut merampas wang tunai berjumlah 13,000 euro (RM77,000) dan sebuah kenderaan mewah,” kata kenyataan tersebut.

Dalam pada itu, hasil siasatan polis mendapati setiap ahli kumpulan jenayah tersebut mempunyai peranan yang telah ditetapkan.

“Ahli kumpulan penjenayah ini tersusun dengan sempurna. Mereka disusun mengikut hieraki. Masing-masing bertanggungjawab ke atas tugas yang ditetapkan,” kata kenyataan itu lagi.

BACA: Peguam Terkenal Sulaiman Abdullah Meninggal Dunia

Tumpuan siasatan juga terarah kepada 27 kedai barang kemas di wilayah Santa Cruz de Tenerife.

Menurut pihak berkuasa Sepanyol, siasatan dibuat mendapati banyak barang yang dicuri dijual di kedai terpakai secara fizikal ataupun dalam talian.

Manakala, semua suspek yang ditahan berdepan dengan tuduhan menganggotai kumpulan jenayah, melakukan rompakan, kerosakan dan pengubahan wang haram.

Sumber: Daily Mail

The post Terbongkar, Sindiket Pekerja “Airport” Curi Barang Dari Bagasi Penumpang, Lebih RM10 Juta appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*