Polis Johor Terima Dua Laporan Berkaitan Jocelyn Chia

laporan jocelyn chia

Polis Johor Terima Dua Laporan Berkaitan Jocelyn Chia

JOHOR BAHRU, 14 Jun (Bernama) — Polis Johor menerima dua laporan berhubung pelawak Jocelyn Chia yang memperlekeh Malaysia dan mempersenda tragedi kehilangan pesawat MH370.

Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata siasatan telah dijalankan mengikut Seksyen 504/ 505 (c) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Beliau berkata permohonan kepada Polis Antarabangsa (Interpol) telah dibuat semalam untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan wanita itu bagi membantu siasatan.

BACA: Polis Mohon Interpol Dapatkan Identiti Penuh & Lokasi Jocelyn Chia

“Polis Kontinjen Johor komited dalam menjalankan siasatan dan orang ramai dinasihatkan agar tidak memainkan isu ini yang mana boleh menggugat ketenteraman awam, ” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kamarul Zaman turut mengalu-alukan sebarang maklumat daripada orang ramai berkaitan perkara itu dengan menghubungi hotline Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan di talian 07-2182 323 atau Pegawai Penyiasat kes ASP Kamal Halimah Rani di talian 019-4346 858.

Sumber: BERNAMA

BACA: Akaun Media Sosial Jocelyn Chia Digantung

The post Polis Johor Terima Dua Laporan Berkaitan Jocelyn Chia appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*