Polis Kesan Individu Bantu Siasatan Kes Dera Bayi Di Taska

Polis Kes Dera Bayi Taska

Polis Kesan Individu Bantu Siasatan Kes Dera Bayi Di Taska

JOHOR BAHRU, 16 Mei (Bernama) — Polis sedang mengesan individu bagi membantu siasatan berhubung kes mendera bayi di sebuah taska di Mutiara Rini, dekat sini.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri ACP Rahmat Ariffin berkata pihaknya menerima satu laporan polis daripada orang awam susulan menerima satu video tular di WhatsApp.

“Video tersebut menunjukkan seorang perempuan telah mengasari seorang bayi yang umurnya tidak pasti.

“Hasil siasatan awal mendapati kejadian berlaku di satu daripada taska di kawasan Mutiara Rini,” kata beliau dalam satu kenyataan ringkas, di sini, hari ini.

BACA JUGA: Isu Penderaan Di Taska: Pengusaha Tidak Patuh Akta Taska

Beliau berkata orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kes itu dikehendaki tampil ke bahagian siasatan jenayah Ibu Pejabat Daerah Iskandar Puteri bagi membantu siasatan.

Semalam tular dua video di aplikasi WhatsApp yang menunjukkan seorang perempuan mengasari badan seorang bayi yang sedang menangis.

Sumber: BERNAMA

The post Polis Kesan Individu Bantu Siasatan Kes Dera Bayi Di Taska appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*