Ibrahimovic Ucap Selamat Tinggal Kepada Dunia Bola Sepak, Umum Bersara

Ibrahimovic umum bersara

Ibrahimovic Ucap Selamat Tinggal Kepada Dunia Bola Sepak, Umum Bersara

MILAN — Penyerang AC Milan, Zlatan Ibrahimovic akhirnya melabuhkan tirai karier bola sepak apabila dia mengumumkan persaraan dari sukan nombor satu dunia itu hari ini.

Memetik AFP, penyerang berusia 41 tahun itu memaklumkan berita tersebut sejurus kemenangan 3-1 AC Milan ke atas Verona di Stadium San Siro sebelum menutup kempen Serie A musim ini.

Ibrahimovic Umum Bersara

“Saya rasa ini adalah masanya untuk mengucapkan selamat tinggal kepada dunia bola sepak. Terlalu banyak kenangan untuk saya sekarang. Forza Milan dan selamat tinggal,” katanya di padang San Siro.

Tambah pemain kebangsaan Sweden itu, sejak kali pertama menyertai kelab tersebut, beliau menganggap AC Milan seperti rumah.

“Kali pertama saya datang ke sini anda (AC Milan) memberi saya kebahagiaan, kali kedua anda memberi saya cinta.

“Anda menyambut saya dengan tangan terbuka, anda membuat saya berasa seperti di rumah, saya akan menjadi Milanista sepanjang hayat saya,” ujarnya lagi.

Ibrahimovic umum bersara
Gambar: AFP

Ibrahimovic merupakan watak penting dalam kebangkitan semula Milan dalam bola sepak Itali selepas dia menyertai semula kelab berkenaan. Lebih-lebih lagi, keberadaan pemain veteran itu berjaya membawa AC Milan menjuarai liga pada musim 2021/2022 lalu.

Mengulas dengan lebih lanjut, pemain itu mendakwa dia pernah berasa takut jika media bertanyakan tentang masa depannya. Namun, kini dia menganggap dirinya sudah bersedia.

BACA JUGA: Sah Tinggalkan Real Madrid, Benzema Terbang Ke Kelab Arab Saudi, Al Ittihad

“Saya telah melakukan ini sepanjang hidup saya, bola sepak menjadikan saya seorang lelaki. Ia membolehkan saya mengenali orang yang saya tidak akan pernah kenali. Saya telah mengembara ke seluruh dunia berkat bola sepak.

“Ini semua berkat bola sepak.” jelasnya lagi kepada pemberita selepas pengumumannya.

Dibelenggu Kecederaan

Bintang Sweden itu mengambil keputusan tersebut selepas hampir semusim tidak dapat bermain bersama anak-anak buah Stefano Pioli. Ia ekoran mengalami kecederaan lutut kiri pada Mei tahun lalu sebelum kembali membuat penampilan semula pada Februari.

Sementara itu, pihak pengurusan kelab juga memutuskan untuk tidak akan memperbaharui kontraknya, yang berakhir pada penghujung musim ini.

Karier Bola Sepak Zlatan Ibrahimovic 

Untuk makluman, penyerang kebangsaan Sweden itu telah bermain bersama sembilan pasukan sepanjang kariernya.

Memulakan kerjaya profesionalnya pada tahun 1999 bersama Malmö FF Sweden, sebelum berkelana ke beberapa kelab lain termasuk Juventus, Inter Milan, AC Milan, Barcelona, ​​Paris Saint-Germain dan Manchester United.

Beliau turut sempat bermain bersama kelab bola sepak di Amerika Syarikat,  MLS Los Angeles Galaxy selama dua musim.

Dalam satu hantaran wartawan, Fabrizio Roman di Facebook, Ibrahimovic telah bermain 988 perlawanan, menjaringkan 573 gol dan memenangi 32 trofi kejuaraan.

Ibrahimovic juga merupakan penjaring terbanyak sepanjang masa bagi skuad kebangsaan Sweden dengan 62 gol.

Sumber: AFP via Yahoo, Fabrizio Romano

The post Ibrahimovic Ucap Selamat Tinggal Kepada Dunia Bola Sepak, Umum Bersara appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*