Polis Minta Bantuan Orang Ramai Kesan Lelaki Hilang Di Rompin

polis lelaki hilang rompin

Polis Minta Bantuan Orang Ramai Kesan Lelaki Hilang Di Rompin

KUANTAN, 10 Mei (Bernama) – Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang lelaki dikenali sebagai Mohd Ahir Ramlee, 32, yang dilaporkan hilang semalam.

Ketua Polis Daerah Rompin DSP Mohd Azahari Mukhtar berkata lelaki yang beralamat di Kampung Sarang Tiong, Kuala Rompin, Rompin itu dikatakan telah keluar daripada rumah pada Isnin.

“Dia dilaporkan keluar bersama motosikal jenis Honda EX5 dengan nombor pendaftaran JNB 9310 serta berpakaian baju-T berwarna hijau bertulisan kubota di bahagian belakang dan berseluar jeans biru,” katanya dalam kenyataan hari ini.

BACA JUGA: Tular Berita Lelaki Dilapor Hilang, Rupanya Pengsan Dua Hari Ketika Berjoging 

Orang ramai boleh menghubungi balai polis terdekat di talian 09-4145999 atau Pegawai Penyiasat Sarjan Mejar Rozlan Yusof, 019-9428085, sekiranya mempunyai maklumat mengenai lelaki itu.

Sumber: BERNAMA 

The post Polis Minta Bantuan Orang Ramai Kesan Lelaki Hilang Di Rompin appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*