Kawah Meteor Ditemui Di Pantai Raih Perhatian Media Dan Pakar, Rupanya Digali Dua Lelaki

Kawah Meteor di pantai

Kawah Meteor Ditemui Di Pantai Raih Perhatian Media Dan Pakar, Rupanya Digali Dua Lelaki

Lubang besar di sebuah pantai Ireland yang disalah anggap sebagai peristiwa kosmik oleh media serta pakar telah berjaya meraih perhatian ramai.

Peristiwa tersebut telah menjadi bualan hangat kerana sebenarnya lubang besar itu telah digali oleh dua orang lelaki.

Seorang astrofizik, Dave Kennedy telah terjumpa sebuah kawah besar di pantai Ireland dan menganggap ia sebagai satu penemuan saintifik yang besar.

Penemuan itu termasuk sejenis batu yang didakwa sebagai meteorit yang telah jatuh dari atas dan lubang itu terjadi disebabkan akibat peristiwa kosmik di pantai Portmarnock di County Dublin.

Bagaimanapun, peristiwa kosmik itu ternyata tidak benar dan kawah besar itu adalah hasil galian dua lelaki muda ketika berkunjung ke pantai tersebut pada Sabtu lalu.

Lubang itu telah menimbulkan spekulasi yang serius, dengan peminat astrofizik mendakwa kedalaman kawah itu dengan peristiwa angkasa.

Selain itu, turut ditemui dalam kawah itu ialah sejenis batu kecil yang berat dan ia telah mencetuskan perdebatan sama ada batu itu adalah meteorit yang asli.

Kennedy berkata: “Seperti yang boleh anda lihat di sini terdapat tanda hangus di bahagian tepi, jadi itu adalah sudut yang dihentam oleh batu berat itu.

“Saya tidak pasti komposisinya, tetapi kita pasti perlu mengenal pastinya. Hanya kira-kira sebulan yang lalu saya menonton dokumentari NASA mengenai perkara seperti ini. Jadi apabila saya melihat kawah ini, saya segera tahu bahawa ia adalah kesan hentaman,” tambah Kennedy.

Kredit Daily Mail

Turut membuat liputan berkenaan penemuan itu adalah Virgin Media News, yang melaporkan penemuan kawah meteorit itu.

Seorang wartawan turut dihantar untuk menyiasat dan menemu bual Kennedy susulan penemuan tersebut.

Wartawan berita itu dilihat mengelilingi penemuan itu dan mendakwa bahawa ia telah menimbulkan kekecohan di kalangan penduduk tempatan.

Penduduk tempatan dikatakan telah bergegas untuk melihat penemuan yang didakwa sebagai ‘peristiwa kosmik sekali seumur hidup’.

Virgin Media kemudiannya melaporkan bahawa misteri itu telah selesai selepas seorang pengguna menyiarkan di media sosial berkenaan satu klip video.

Dalam klip video tersebut, dua lelaki Ireland dilihat sedang menggali kawah itu dengan dua penyodok pasir kanak-kanak berwarna hijau.

Kredit Instagram/@charlie.w.wallace

“Kawanku, beberapa orang telah menggalinya sehari sebelumnya dengan penyodok kanak-kanak. Cara lelaki itu bercakap tentang batu itu sebagai asteroid telah membuatkan mata saya berair,” tulis muat naik klip tersebut.

Salah seorang pemuda yang menggali kawah itu yang dikenali sebagai Charlie Wallace berasa teruja selepas perbuatannya bersama rakannya dilapor oleh media.

Walaupun misteri itu telah selesai, Kennedy berkata dia masih akan menguji batu itu untuk mengetahui kebenaran berkenaan penemuan tersebut.

BACA: Ramai Belum Tahu, Ni Cara Nak Dapat Minyak ‘Free’ Setahun Dari Petronas

Sumber: Daily Mail

The post Kawah Meteor Ditemui Di Pantai Raih Perhatian Media Dan Pakar, Rupanya Digali Dua Lelaki appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*