fbpx

Polis Parah Dirempuh Penghantar Barang, Takut Disaman Motosikal Tiada Cermin Sisi

polis dirempuh cermin sisi

Polis Parah Dirempuh Penghantar Barang, Takut Disaman Motosikal Tiada Cermin Sisi

Seorang anggota polis cedera parah selepas dirempuh seorang penghantar makanan dalam Operasi Samseng Jalanan Ahad lalu.

Suspek berkenaan cuba melepaskan diri dari operasi tersebut kerana motosikal yang ditunggang tiada cermin sisi.

Menurut kenyataan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal, suspek takut disaman pihak polis kerana tidak memasang cermin sisi pada motosikalnya.

“Semakan dijalankan mendapati motosikal suspek tidak mempunyai cermin sisi dan itu jadi punca suspek panik dan cuba larikan diri sebelum melanggar anggota polis ketika kejadian.

“Pemeriksaan lanjut mendapati suspek memiliki lesen memandu yang sah selain cukai jalan motosikal yang ditunggang suspek masih ada,” katanya menerusi kenyataan pada Isnin,” katanya

Tambah Iqbal lagi, semakan yang dijalankan PDRM mendapati suspek tiada rekod jenayah lampau atau kes berkaitan penyalahgunaan dadah.

Anggota polis yang dirempuh masih dirawat di Hospital Shah Alam

“Hasil pemeriksaan doktor mendapati terdapat kesan ketulan darah beku pada bahagian belakang kepala mangsa akibat daripada hentakan yang kuat akibat dilanggar semasa kejadian.
“Suspek yang turut mengalami kecederaan akibat kejadian terbabit difahamkan akan menjalani pembedahan mata akibat terdapat kesan pendarahan pada belakang mata,” katanya.
Kejadian dikatakan berlaku di Persiaran Perbandaran Seksyen 14 ketika PDRM sedang menjalankan operasi Samseng Jalanan. Kira-kira jam 12.30 tengah malam suspek tiba-tiba bertindak melawan arus cuba melarikan diri sbeelum melanggar salah seorang anggota yang bertugas.
Sumber: Awani

The post Polis Parah Dirempuh Penghantar Barang, Takut Disaman Motosikal Tiada Cermin Sisi appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*