Video Tular Mangsa Pendaki Gunung Merapi di Sumatera Barat

mangsa pendaki gunung merapi

Video Tular Mangsa Pendaki Gunung Merapi di Sumatera Barat

Semalam dilaporkan Gunung Merapi di Sumatera Barat telah memuntahkan abu setinggi 2,000 meter.

Ketika kejadian itu, tular satu video  seorang pendaki yang sedang melakukan aktiviti pendakian di gunung tersebut. Individu yang bernama Zhafirah Zahrin Febrina (19) kelihatan badannya dipenuhi abu dan tidak bermaya.

Ibu Zhafirah, Rani Radelani mengesahkan gadis dalam video itu adalah anaknya yang juga seorang penuntut di Politeknik Negeri Padang. Menurut Rani, anaknya memberitahu bahawa beliau sudah tidak berdaya lagi.

Anaknya juga masih belum boleh turun dari gunung itu dipercayai kerana beberapa halangan yang tidak membenarkan Zhafirah dan kawan-kawannya turun ke bawah.

“Barang-barangnya semuanya hilang. handphone yang digunakan untuk menghubungi saya ialah handphone rakaknnya,

“Tangannya juga patah, badan penuh luka dan sudah tidak kuat lagi,” kata Rani.

Balai Konservasi Sumber Daya Alam (BKSDA) memaklumkan jumlah pendaki yang terdapat di sistem tempahan online dan juga yang telah daftar masuk di pintu masuk Batu Palano seramai 57 orang. Pintu masuk dari Koto Baru pula 13 orang.

13 orang yang memasuki dari pintu Koto Baru sudah selamat turun manakala dari pintu masuk Batu Palano hanya 15 orang sahaja yang sudah selamat. BKSDA sedang berusaha untuk menyelamatkan kesemua mangsa yang terperangkap di gunung tersebut.

Sumber: Kumparan News

BACA: Gunung Merapi Sumatera Barat Meletus

The post Video Tular Mangsa Pendaki Gunung Merapi di Sumatera Barat appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*