Polis Sah Terima Dua Laporan Isteri Hafidz Roshdi Gugurkan Kandungan

Isteri Hafidz Roshdi Gugurkan Kandungan

Polis Sah Terima Dua Laporan Isteri Hafidz Roshdi Gugurkan Kandungan

SHAH ALAM, 9 Mei (Bernama) — Polis mengesahkan menerima dua laporan daripada pelakon Muhammad Hafidz Roshdi berhubung dakwaan isterinya Nurul Shuhada Mat Shukri menggugurkan kandungan.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim berkata pihaknya menerima laporan pada 9 malam 17 April dan 1.21 tengah malam 6 Mei lepas, namun tiada sebarang siasatan lanjut dibuat ke atas laporan itu.

“Laporan polis telah dirujuk kepada pihak Mahkamah Syariah kerana kes berkaitan dengan isu tersebut masih berjalan…” katanya dalam kenyataan.

BACA JUGA: Hafidz Roshdi Sudah ‘Masuk’ Hospital Bahagia

Terdahulu, Muhammad Hafidz selepas prosiding sebutan semula kes cerai terhadap isterinya di Mahkamah Rendah Syariah di sini, memaklumkan bahawa beliau telah membuat dua laporan polis terhadap Nurul Shuhada, mendakwa isterinya menggugurkan anak ketiga mereka.

Muhammad Hafidz berkata laporan polis pertama dibuat untuk melindungi dirinya manakala laporan kedua dibuat selepas Nurul Shuhada meminta wang untuk kos rawatan keguguran.

Nurul Shuhada yang ditemui pemberita di lokasi yang sama berkata beliau tidak boleh mengulas berhubung dakwaan suaminya itu kerana masih dalam siasatan polis dan akan memberi keterangan di Balai Polis Kangar, Perlis hari ini.

Sumber: BERNAMA

The post Polis Sah Terima Dua Laporan Isteri Hafidz Roshdi Gugurkan Kandungan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*