Polis Sahkan Telah Lengkapkan Siasatan Terhadap Kes Pelakon Tumbuk Isteri

pelakon tumbuk isteri

Polis Sahkan Telah Lengkapkan Siasatan Terhadap Kes Pelakon Tumbuk Isteri

Polis mengesahkan telah melakukan siasatan yang lengkap ke atas seorang pelakon yang disyaki menumbuk isterinya di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) di Sungai Buloh baru-baru ini.

Seperti yang dilaporkan Sinar Harian, perkara terbabit akan dirujuk kepada pihak timbalan pendakwa raya pada Selasa.

Dalam pada itu, Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata mahkamah telah memerintahkan pelakon tersebut untuk berkelakuan sopan semasa siasatan dijalankan.

Ujarnya, hal dilakukan kerana mahu mengelakkan pelakon berkenaan melakukan perbuatan yang sama terhadap mangsa.

“Kertas siasatan telah lengkap dan akan dirujuk kepada timbalan pendakwa raya esok (Selasa).

“Sama ada pelakon terbabit akan dipanggil semula itu bergantung kepada keputusan pihak timbalan pendakwa raya,” katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Terdahulu, media melaporkan polis telah menahan seorang lelaki berusia 29 tahun sekitar 12 jam tengah hari pada Ahad.

Pelakon tersebut ditahan ketika hadir di Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor.

Walau bagaimanapun, dia kemudiannya dibebaskan dengan jaminan polis sebaik selesai diambil keterangan pada petang hari sama.

Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Sebelum ini, polis mengesahkan isteri pelakon tersebut telah membuat laporan polis di Balai Polis Jinjang, mendakwa ditumbuk suaminya beberapa kali.

Susulan itu, mangsa dilaporkan cedera di bahagian mata hingga memerlukan jahitan di bahagian tersebut.

BACA: Pelakon Terkenal Tumbuk & Tendang Pengawal Keselamatan Didakwa Pagi Ini

Pelakon Sharnaaz Ahmad didakwa cederakan pengawal keselamatan

Dua bulan lalu, pelakon Sharnaaz Ahmad mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret atas pertuduhan mencederakan seorang pengawal keselamatan di sebuah kondominium, tahun lepas.

Sharnaaz, 38, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Atiqah Mohamed @ Mohamad Saim.

Pelakon itu didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Izzul Islam Awang, 27, di kawasan lif, pintu masuk sebuah blok di sebuah kondominium di Jalan Dutamas di sini pada 8.30 malam, 16 Jun 2022.

Dia dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Sumber: Sinar Harian

The post Polis Sahkan Telah Lengkapkan Siasatan Terhadap Kes Pelakon Tumbuk Isteri appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*