Polis Tahan Duda Didakwa Jual Rakaman Video Lucah Bersama 20 Wanita

Duda jual video lucah

Polis Tahan Duda Didakwa Jual Rakaman Video Lucah Bersama 20 Wanita

Seorang duda yang didakwa menjual rakaman video seks miliknya bersama lebih 20 wanita di laman sosial dilapor berjaya ditahan polis.

Menurut Sinar Harian, lelaki berkenaan dipercayai mengaut keuntungan mencecah RM120,000 dalam tempoh enam bulan lepas menerusi kegiatan tersebut.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, lelaki berusia 31 tahun itu ditahan pada jam 2.30 petang, Rabu lalu.

Suspek berjaya ditahan ketika berada di Kampung Janda Baik, Bentong Pahang yang turut didiami bapa lelaki tersebut.

“Suspek disyaki mempromosikan aktiviti seksnya yang dirakam dan dijual untuk tontonan di Telegram itu ditahan oleh sepasukan anggota dan pegawai dari Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7), Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.

Tambah Mohd Shuhaily, polis turut berjaya menahan dua teman wanita suspek berusia 23 dan 28 tahun dalam serbuan itu.

“Kita turut merampas lima telefon bimbit pelbagai jenama, dua kad bank, dua helai baju dan sehelai cadar yang digunakan di dalam rakaman video,” katanya.

Suspek pernah berkahwin dua kali pada sebelum ini

Menurut Sinar Harian lagi, siasatan awal mendapati bahawa suspek pernah mendirikan rumah tangga dua kali sebelum memulakan aktiviti tersebut.

Selain itu, suspek juga didapati secara aktif mempromosikan ubat kuat seks dari China menerusi platform media sosial sejak awal tahun lalu.

“Demi mengaut keuntungan lebih tinggi, suspek kemudian merakam video seks dengan teman wanitanya sebelum menjual adegan berkenaan dalam tiga saluran (channel) di aplikasi Telegram, sejak Julai tahun lalu.

“Suspek juga yang disyaki mempunyai latar belakang seorang gigolo atau lelaki upahan, turut meniduri sebahagian pelanggan wanita dalam saluran aplikasi Telegram berkenaan,” katanya.

Kata Mohd Shuhaily lagi, modus operandi suspek adalah dengan menggunakan laman sosial bagi tujuan promosi jualan tersebut.

“Kemudian pelanggan akan menekan satu pautan promosi yang diiklankan dalam Telegram oleh suspek sebelum urusan pembayaran dipersetujui.

“Setelah pembayaran dibuat, suspek akan menghantar pautan kepada pelanggan untuk terus menonton video lucah yang dilakonkan dan dirakam suspek sendiri,” katanya.

Lebih 2,000 pelanggan menjadi pembeli video tersebut

Difahamkan, siasatan juga mendapati suspek mempunyai 2,051 pelanggan bagi pakej 200 video dengan bayaran RM100.

Manakala 622 pelanggan lagi menerusi pakej RM20 sebulan bagi 13 video.

“Semua pelanggan aplikasi ini adalah rakyat Malaysia daripada golongan lelaki miang dan wanita kesunyian yang memiliki kerjaya dalam bidang profesional seperti doktor, usahawan dan sektor korporat,” katanya.

Katanya lagi, terdapat beberapa wanita yang berhajat untuk meniduri suspek juga dikenakan syarat agar hubungan intim itu dirakam dan kemudiannya dijual.

“Pada masa ini, suspek dan dua teman wanitanya yang ditahan turut dikesan melakonkan aksi lucah dalam video seks itu.

“Kita juga sedang mengesan wanita lain yang turut terbabit dalam puluhan rakaman video berkenaan,” ujarnya.

Suspek bersama dua teman wanitanya ditahan reman selama lima hari bermula Khamis hingga Isnin bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 372 (1)(e) Kanun Keseksaan atas kesalahan mempromosi aktiviti seks untuk mendapatkan keuntungan dan boleh dihukum penjara selama 15 tahun, sebatan dan denda sekiranya disabitkan kesalahan.

“Kes turut disiasat mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998,” katanya.

Mohd Shuhaily turut mendedahkan bahawa kes seperti itu adalah yang pertama dikesan berlaku di negara ini.

Kes seperti itu perlu dibanteras kerana dibimbangi boleh merosakkan akhlak dan keruntuhan moral di kalangan masyarakat.

BACA: Nak Pergi Haji Tapi Guna Duit Pinjaman? Ini Jawapan Dari Sudut Hukum

Sumber: Sinar Harian

The post Polis Tahan Duda Didakwa Jual Rakaman Video Lucah Bersama 20 Wanita appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*