Polis Tahan Sanusi Di Hotel 3 Pagi Tadi

polis sanusi 3 pagi

Polis Tahan Sanusi Di Hotel 3 Pagi Tadi

Polis telah menahan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor di sebuah hotel di Kuala Lumpur kira-kira pukul 3 pagi hari ini , lapor Awani.

Difahamkan, Muhammad Sanusi menaiki sebuah kenderaan multi guna (MPV) yang membawanya ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak, Selangor.

Perkara itu turut dimuat naik di media sosial, memaparkan penahanan Muhammad Sanusi yang berlaku pada awal pagi itu.

Akan Didakwa di Mahkamah Sesyen Selayang hari ini

Pada pagi ini, Muhammad Sanusi akan dihadapkan ke Mahkamah Selayang dipercayai berkaitan kenyataan beliau didakwa menghina Institusi Kesultanan Selangor dalam memilih Menteri Besar negeri itu.

Memetik Bernama, menerusi semakan sistem mahkamah, penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeneri, Kedah itu akan didakwa di dua mahkamah iaitu di hadapan Hakim Nor Rajiah Mat Zin dan Osman Affendi Mohd Shalleh pada 9 pagi.

Muhammad Sanusi dalam video ucapannya yang tular dikatakan menghina Sultan Selangor ketika membandingkan urusan pelantikan beliau sebagai Menteri Besar Kedah dan Datuk Seri Amirudin Shari sebagai Menteri Besar Selangor.

Susulan itu pelbagai pihak tampil membuat laporan polis berhubung perkara itu.

Pada 13 Julai, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain pada sidang media khas berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuka kertas siasatan terhadap Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional itu berhubung kenyataannya yang didakwa menyentuh isu 3R (agama, kaum dan raja) dalam ceramah politiknya.

Razarudin berkata siasatan berkaitan 3R itu dibuat mengikut Kanun Keseksaan, Akta Hasutan 1948 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Sultan Selangor anggap perkara itu belum selesai

Kredit: BERNAMA

Sumber: Awani

BACA: Akaun TikTok Sanusi Kini Boleh Diakses

The post Polis Tahan Sanusi Di Hotel 3 Pagi Tadi appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*