Tular Kamera Tersembunyi Di Bilik Persalinan, H&M Sahkan Dah Periksa Semua Butik Cawangannya

Tular Kamera Tersembunyi Di Bilik Persalinan, H&M Sahkan Dah Periksa Semua Butik Cawangannya

Butik pakaian H&M mengesahkan telah melakukan pemeriksaan ke atas semua bilik persalinan mereka di seluruh cawangan butiknya di Malaysia.

Menurut H&M, pemeriksaan tersebut dilakukan bagi memastikan tiada sebarang pelanggaran keselamatan yang boleh menjejaskan privasi pelanggan mereka.

Tindakan itu dibuat sebagai tindak balas kepada kebimbangan orang ramai baru-baru ini berkenaan isu kamera tersembunyi di dalam bilik persalinan butik di H&M seperti yang tular di media sosial.

Baca: Kebanyakan ‘Owner’ Terlepas Pandang, 5 Perkara Penting Kena Teliti Sebelum Perbaharui Insurans Motosikal

“Kami sedang berusaha untuk memastikan tiada pelanggaran keselamatan yang akan menjejaskan privasi pelanggan kami,” tulis H&M.

Menurut H&M lagi, segala penemuan di bilik kelengkapan tersebut telah dilaporkan dan diserahkan kepada polis untuk tujuan siasatan.

“Semua penemuan tentang kebimbangan baru-baru ini mengenai kamera tersembunyi di bilik kelengkapan H&M setakat ini telah dilaporkan kepada polis dan siasatan sedang dijalankan.

Kredit H&M

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Noor Dellhan Bin Yahaya berkata mereka telah menerima satu laporan polis berkenaan kejadian tersebut pada 9 Januari lalu.

Laporan itu dibuat berhubung dengan penyebaran sebuah video berdurasi 11 saat di Twitter yang memaparkan kejadian rakaman video daripada kamera tersembunyi di bilik persalinan pusat membeli-belah.

“Siasatan awal sedang dijalankan bagi mengenal pasti tarikh dan lokasi kejadian terbabit. Perbuatan tersebut merupakan suatu kesalahan di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan,” kata Noor Dellhan.

Beliau turut menasihati orang ramai agar tidak melakukan perkara yang melanggari undang-undang.

Kredit PDRM

Selain itu, beliau juga meminta bantuan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan dengan kejadian boleh menghubungi Pegawai Penyiasat kes Inspektor Muhammad Fikri Bin Abdul Manan di talian 013-4149917.

Sumber: H&M/Twitter, Siaran Media PDRM

The post Tular Kamera Tersembunyi Di Bilik Persalinan, H&M Sahkan Dah Periksa Semua Butik Cawangannya appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*