Populasi Dunia Dijangka Cecah 8.5 Bilion Manusia Pada 2040

populasi dunia 2040 menjunam secara drastik

Populasi Dunia Dijangka Cecah 8.5 Bilion Manusia Pada 2040

Populasi manusia dijangka mencapai angka 8.5 bilion menjelang 2040, menurut satu analisis yang dibuat baru-baru ini.

Bagaimanapun, analisis bernama Doomsday itu meramal bilion manusia akan lenyap dari maka Bumi selepas itu. Kemorosatan tersebut dijangka berlaku dalam tempoh enam dekad berikutnya disebabkan beberapa perkara.

Memetik laporan CNN, antaranya adalah beberapa negara termiskin di dunia secara perlahan-lahan berjaya keluar daripada kerangka kemiskinan.

Kumpulan penyelidik itu percaya, kesan kepada akses pendidikan, penjagaan kesihatan yang baik dan tenaga yang bersih akan menyaksikan populasi manusia merudum. Selepas itu, Bumi dijangka akan dihuni sekitar enam bilion manusia menjelang 2100.

“Sudah diketahui bahawa pengembangan pesat ekonomi di negara-negara berpendapatan rendah akan memberi kesan terhadap kadar kesuburan.

“Kadar kesuburan akan menurun apabila golongan wanita memiliki akses terhadap pendidikan dan sistem kesihatan yang lebih baik serta berkemampuan dari sudut ekonomi,” kata Espen Stoknes, Ketua Penyelidik Earth4all.

Menurutnya lagi, senario ini dikenali sebagai Giant Leap atau ”kesan daripada semua penambahbaikan bagi kecekapan sumber, memberi impak secara luas”.

“Ia turut memberikan kesan sampingan terhadap kapasiti populasi global, seperti yang dinyatakan di bawah.

Ramalan populasi manusia akan merosot dapat dielakkan, jika pengurusan sumber menjadi lebih cekap

“Menurut simulasi Earth4All, polisi intervensi pantas dan bercita-cita tinggi mampu memberi kesan yang signifikan pada semua dimensi kecekapan tenaga yang disenaraikan.

“Ia membolehkan kesan yang lebih baik dicapai pada 2050, berbanding jangkaan pada 2100.

“Tindakan pantas dan hasilnya adalah lebih penting jika kita mengambil kira faktor fizikal dan demografi untuk jangka masa panjang.

“Oleh itu, kesan-kesan positif ini dapat dicapai tanpa perlu berkompromi soal standard kehidupan populasi.

“Malah, kecekapan sumber yang ditambah baik turut membenarkan masyarakat global untuk mencapai standard kehidupan yang lebih baik,” katanya.

Dalam kajian ini, penganalisis telah membahagikan dunia kepada 10 bahagian seperti Sub-Sahara Afrika, China dan Amerika Syarikat,

Kini, pertumbuhan populasi tertinggi dicatatkan di beberapa negara di Afrika seperti  Angola, Niger, Republik Demokrasi Congo dan Nigeria.

Selain itu, pertumbuhan ini juga dapat dilihat dengan jelas di beberapa negara Asia seperti Afghanistan.

Pasukan penyelidik tersebut turut menyimpulkan bahawa populasi manusia berlebihan bukanlah isu terbesar yang dialami Bumi.

Sebaliknya, tahap ‘material footprint‘ dalam kalangan 10 peratus negara terkaya di dunia didapati lebih mengancam kestabilan planet ini.

Perkara berkenaan dikemukakan oleh Beniamino Callegari, seorang Profesor Madya daripada Kristiania dan merupakan ahli pasukan pemodelan Earth4All.

“Beberapa model penting telah membuat simulasi terhadap pertumbuhan populasi, pembangunan ekonomi dan hubungkait antaranya.

“Jika kita meramalkan beberapa negara menjalankan polisi yang berjaya dalam membangunkan ekonomi, kami meramalkan populasi manusia mencapai kemuncak lebih awal.”

BACA: Pemuda Kongsi Beza Belajar Di UK Dengan Malaysia

Sumber: Mirror.uk

The post Populasi Dunia Dijangka Cecah 8.5 Bilion Manusia Pada 2040 appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*