Kenapa Merak Jantan Lebih Cantik & Menarik Berbanding Merak Betina? Ini Penjelasannya

merak jantan lebih cantik

Kenapa Merak Jantan Lebih Cantik & Menarik Berbanding Merak Betina? Ini Penjelasannya

Setiap manusia di atas muka bumi ini pasti tidak lari dalam memilih seseorang yang cantik dan menarik sebagai pasangan dalam hidup mereka.

Bagi lelaki, pasti mahukan seorang isteri atau pasangan yang cantik dan sedap mata memandang. Manakala bagi wanita pasti mahukan pasangan yang berwajah kacak dan berbudi pekerti.

Al maklumlah, pasangan yang dipilih kalau boleh sebagai pelengkap hingga akhir hayat di atas muka bumi ini. Siapa yang tidak mahukan yang menarik kan?

Bukan sahaja manusia, haiwan juga tidak lari dalam proses memilih pasangan yang cantik ini.

Bercakap soal cantik, kebanyakan haiwan jantan di atas muka bumi ini terutamanya spesies unggas, mereka lebih cantik dan berwarna-warni berbanding si betina.

Sebagai contoh yang mudah nampak ialah burung merak. Seperti ramai ketahui burung merak jantan memiliki ekor berwarna-warni yang sangat menarik dan boleh dikembangkan.

Kredit National Geographic

Apa sebab burung merak jantan lebih cantik daripada betina?

Justeru, perkongsian pada hari ini akan membincangkan sebab kenapa fenomena ini boleh terjadi dalam dunia haiwan.

Burung merak jantan mempunyai bulu besar yang berwarna terang dan boleh dikembangkan. Manakala merak betina tidak mempunyai bulu yang terang dan tidak boleh mengembang.

Kredit AFP

Selain merak, burung dalam keluarga unggas yang lain juga menunjukkan ciri di mana jantan mempunyai penampilan dan bunyi yang lebih menarik.

Jadi mengapa rupa dan keupayaan haiwan jantan lebih menonjol berbanding haiwan betina dalam proses evolusi? 

Menurut penyelidikan saintis mengenai haiwan jantan, sebab utama haiwan jantan kelihatan lebih cantik dan menarik daripada betina adalah kerana pembiakan.

Salah satu daripada dua ciri paling penting bagi makhluk hidup ialah kelangsungan hidup dan yang seterusnya pembiakan atau perkembangan keturunan.

Baca: “Terus Capai Red & Black,” Wan Chai Cuak Kena Ganggu Ketika Live, Tiba-Tiba Semua Member Lesap Diganggu ‘Makhluk Halus’?

Setiap jenis makhluk hidup mempunyai kaedah pembiakan yang tersendiri. Kebiasaannya si jantan hanya akan menyediakan gen yang baik sahaja.

Haiwan telah mengembangkan sifat fizikal dan tingkah laku tertentu bagi meningkatkan peluang mereka untuk mengawan dan mewariskan gen mereka.

Haiwan jantan umumnya lebih berwarna-warni kerana mereka perlu bersaing dengan jantan lain untuk menarik si betina.

Warna yang terang boleh memberikan ‘isyarat’ kepada betina tentang kualiti keseluruhan jantan dan gen yang dimilikinya

Pemilihan seksual menerangkan mengapa burung merak mempunyai ekor yang besar, walaupun ia menjadikan mereka terdedah kepada pemangsa.

Kredit Unsplash

Hanya haiwan yang mempunyai pasangan dapat mewariskan gen mereka. Ini menerangkan ciri yang ditunjukkan oleh haiwan di alam semula jadi dalam memikat pasangan mereka.

Haiwan akan mempamerkan bulu yang berwarna-warni, ekor yang cantik, bunyi yang kompleks dan langkah tarian yang menarik untuk memikat betina.

Jika warna, tarian dan bunyi berjaya menarik betina, maka jantan berpeluang untuk memenuhi peranan biologi utama untuk membiak.

Kredit AFP

Berdasarkan teori revolusi dan peraturan kelangsungan hidup oleh Charles Darwin, beliau berpendapat bahawa betina akan memilih jantan yang terbaik dan sempurna untuk membiak.

Ia adalah prinsip yang sama seperti ovum yang memilih sperma. Wanita biasanya mengeluarkan sebiji telur sebulan, manakala lelaki mempunyai banyak sperma.

Telur akan memilih sperma yang paling kuat dan cemerlang untuk digabungkan. Ini adalah naluri yang wujud dalam evolusi spesies.

Begitu juga dengan haiwan, secara amnya haiwan jantan yang cantik dan menarik adalah lebih baik dalam semua aspek. Jadi haiwan betina akan lebih tertarik kepada haiwan jantan yang cantik dan berjaya dalam memikat.

Sumber: iMedia, Animal FYI

The post Kenapa Merak Jantan Lebih Cantik & Menarik Berbanding Merak Betina? Ini Penjelasannya appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*