PPZ-MAIWP Terima Bayaran Zakat Perniagaan Dari 21 Syarikat

PUTRAJAYA, 10 JULAI 2023 : Pusat Pungutan Zakat – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) hari in menerima bayaran Zakat Perniagaan berjumlah RM13,040,397.59 daripada 21 bah syarikat korporat dalam Majlis Zakat Korporat 2023 di Hotel Everly, Putrajaya.

Penganjuran majlis ini adalah satu simbolik penyerahan zakat perniagaan syarikat-syarikat korporat kepada PPZ-MAIWP bagi tahun 2022 dan 2023. Berikut adalah 21 buah syarikat yang menunaikan Zakat Perniagaan mereka pada majlis hari ini:

1. Al-Hijrah Media Corporation – RM666,959.55
2. Amanah Hartanah Bumputera (Pelaburan Hartanah Berhad) – RM3,377,787.53
3. Bank Muamalat Malaysia Berhad – RM1,064,295.30
4. Bank Pembangunan Malaysia Berhad – RM510,040.00
5. Bank Perusahaan Kecil & Sederhana (M) Berhad – RM600,000
6. Dagang Net Technologies Sdn. Bhd. – RM210,268.00
7. Eiman Travel & Tours Sdn. Bhd. – RM100,000.00
8. Fibrecomm Network (M) Sdn. Bhd. – RM185,978.16
9. Gerbang Alaf Restaurants Sdn. Bhd. – RM300,000.00
10 GNI Pharma Sdn. Bhd. – 200,000.00
11. Hospital Pusrawi Sdn. Bhd – RM593,660.55
12. Institut Jantung Negara Sdn. Bhd. – RM1,728,773.00
13. Kenanga Investment Bank Berhad – RM145,581.12
14. Maybank Islamic Berhad – RM623,137.88
15. Perbadanan Usahavan Nasional Berhad – RM1,000,000.00
16. Prudential BSN Takaful Berhad – RM500,000.00
17. Public Islamic Bank Berhad – RM700,000.00
18. Sime Darby Property Berhad – RM100,000.00
19. Sun Life Malaysia Takaful Berhad – RM283,916.50
20. Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Berhad – RM100,000.00
21. Syarikat Takaful Malaysia Am Berhad – RM50,000.00

 

Penyerahan zakat perniagaan tersebut disampaikan oleh wakil setiap syarikat kepada Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIP) diwakili oleh Pengerusi PPZ-MAIWP, Tan Sri Dato’ Sri Dr. Abdul Aziz Abdul Rahman sambil disaksikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im Haji Mokhtar.

Setakat Januari hingga Jun 2023, PPZ-MAIWP telah mengutip zakat perniagaan sebanyak RM59,851,357.08 dengan jumlah pembayar sebanyak 2,373 pembayar. Pengerusi PPZ-MAIWP, Tan Sri Dato’ Sri Dr. Abdul Aziz Abdul Rahman berkata PPZ-MAIWP amat mengalu-alukan pembayaran zakat perniagaan dari syarikat-syarikat korporat demi kemaslahatan asnaf di Wilayah Persekutuan.

*Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua syarikat-syarikat korporat yang menunalkan zakat di PPZ-MAIWP. Di kesempatan ini saya ingin mengajak seluruh syarikat korporat untuk tampil tunaikan zakat perniagaan kerana zakat Juga antara salah satu kaedah untuk mengembangkan lagi perniagaan,” katanya.

PPZ-MAIWP menawarkan Skim Wakalah tau Pengembalian Semula Wang Zakat untuk dimanfaatkan semula kepada mereka yang memerlukan. Pembayaran zakat perniagaan serendah RM 10,000 dan ke atas bole mendapat pulangan semula wang zakat sehingga
50%.

Justeru itu, PPZ-MAIWP menyeru masyarakat Islam khususnya syarikat dan organisasi di Wilayah Persekutuan untuk menunaikan zakat perniagaan mereka di PPZ-MAIWP bag membantu lebih ramai golongan yang memerlukan termasuklah kakitangan sendiri.

The post PPZ-MAIWP Terima Bayaran Zakat Perniagaan Dari 21 Syarikat appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*