Penumpang Kereta Api Tak Sengaja Rakam Kelibat Misteri Didakwa Bigfoot Di Kawasan Pergunungan

kereta api bigfoot

Penumpang Kereta Api Tak Sengaja Rakam Kelibat Misteri Didakwa Bigfoot Di Kawasan Pergunungan

Seorang penumpang kereta api mendakwa telah berjaya merakam kelibat ‘Bigfoot‘ yang sedang berjalan melalui semak-samun di pergunungan di Colorado, lapor Daily Mail.

Kejadian itu dirakam pada Ahad lalu ketika seorang saksi menaiki kereta api Narrow Gauge dari Durango ke Silverton.

Penumpang itu dikatakan sedang mencari rusa bersama suaminya dan terganggu apabila kelibat makhluk berbulu itu tiba-tiba muncul.

Saksi bernama Shannon Parker dari Cheyenne, Wyoming bersama suaminya Stetson Tyler berkata: “Saya rasa, saya nampak Bigfoot’.

Seorang lagi saksi bernama Brandon yang melihat reaksi pasangan itu kemudiannya memutuskan untuk mengeluarkan telefon lalu merakam kelibat makhluk mitos itu.

“Makhluk Bigfoot yang sukar difahami,” kata Brandon semasa merakam video tersebut.

Video itu menunjukkan makhluk tersebut berkeliaran di sekitar lereng bukit sejurus sebelum ia kelihatan mencangkung dalam posisi sedang duduk.

Bigfoot itu juga dikatakan sempat menyamar di dalam semak disekelilingnya sambil melihat ke arah kereta api enjin wap tersebut.

Kredit Facebook
Kredit Facebook

Rakaman tersebut terhenti selepas makhluk itu hilang dari pandangan ekoran kereta api yang bergerak laju meninggalkan kawasan tersebut.

BACA:“Tak Tahu Boleh Dapat RM500” Lelaki Bongkar ‘Rahsia’ Bayaran Kat Cashier Mydin

Parker memberitahu bahawa ia adalah ‘peluang sekali dalam seumur hidup’ dan dia tidak pernah melihat perkara sedemikian sebelum ini.

“Apabila kami bercakap dengan konduktor di dalam kereta api, dia memberitahu kami bahawa dia juga tidak pernah melihat perkara itu sebelum ini.

“Beliau juga memberitahu kami bahawa dia pernah mengalami perkara yang tidak dapat dijelaskan semasa bermain salji di pergunungan itu,” kata Parker.

Penampakan Bigfoot di Mississippi

Pada bulan Ogos lalu, video dari 2015 yang dirakam oleh Josh Highcliffe tentang penampakan Bigfoot yang lain telah muncul semula di media sosial.

Highcliffe menyiarkan semua video itu di saluran YouTube milikinya kerana ramai pemburu Bigfoot berpendapat bahawa ia adalah rakaman terbaik bagi makhluk itu.

Menurut Highcliffe, rakaman yang dirakam sembilan batu ke barat Tunica, Mississippi itu menunjukkan seekor makhluk besar yang menyerupai seekor gorila.

Makhluk itu dikatakan sedang menarik kulit kayu dari batang pokok di belakang badannya.

Sumber: Daily Mail

The post Penumpang Kereta Api Tak Sengaja Rakam Kelibat Misteri Didakwa Bigfoot Di Kawasan Pergunungan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*