PRK Pelangai: Kerajaan Pahang Boleh Diubah Jika PN Menang

prk pelangai pn

PRK Pelangai: Kerajaan Pahang Boleh Diubah Jika PN Menang

Perikatan Nasional (PN) mampu mengambil alih Kerajaan Pahang sekiranya calonnya Kasim Samat menang pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai, kata Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Lapor Sinar Harian, Muhyiddin juga dilihat menamakan Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai menteri besar sekiranya kemenangan berpihak kepada gabungan tersebut.

Jelasnya, PRK yang diadakan merupakan tempat untuk pengundi memberi isyarat mengubah kepimpinan kerajaan negeri.

“Tambah satu (Pelangai), jadi 18… kurang empat saja (kerusi PN di Pahang), kot-kot (mana tahu) esok bangun pagi entah ada ahli yang berhormat UMNO masuk jemaah kita.

“Menteri Besar kita ada dekat sini, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man Insya-ALLAH bakal Menteri Besar Pahang,” katanya ketika berucap pada sesi dialog bersama NGO-NGO Melayu Pahang di Simpang Durian, di sini pada Selasa.

Tambah Muhyiddin, pihaknya tidak menolak sekiranya terdapat mana-mana pihak sama ada rakyat atau ahli parlimen mahu memberi sokongan dan mahu bersama PN.

BACA: PRK DUN Pelangai Pada 7 Okt – SPR

Beliau turut menyatakan isu empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kerajaan yang mungkin melompat parti jika PN menang di kawasan tersebut bukan dalam pengetahuannya.

“Saya mengalu-alukan (ADUN lompat). Saya tak pasti siapa dia. Betul ke ya? tu saya tanya balik,” katanya.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata meskipun bilangan ADUN masih belum mencukupi untuk membentuk kerajaan namun PN masih berusaha keras untuk memperoleh undian majoriti di Pelangai.

“Tengok keadaan dan masa, kalau ada keadaan tertentu yang berlaku yang menyebabkan kita boleh bentuk kerajaan, kita harap kita boleh bentuk kerajaan (Pahang).

“Tapi kita tahu sistem Parlimen, ada peraturan, ada perlembagaan, kita faham semua sekali. Tapi apa pun (soal kemenangan) ini terserah kepada rakyat Pelangai,” ujarnya.

Sumber: Sinar Harian

BACA: Permohonan Notis Merah Interpol Ke Atas Menantu Muhyiddin Sedang Dilengkapkan – Ayob Khan

The post PRK Pelangai: Kerajaan Pahang Boleh Diubah Jika PN Menang appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*