Abang Ni Nak Belanja Derrick Honda RS150 Kalau ‘Post’ Capai 10,000 Share

Honda RS150 menanti Derrick

Honda RS150 Menanti Derrick Gan Selepas Kisah Pengorbanannya Tular Di Media Sosial

Ganjaran motosikal jenis Honda RS150 bakal menanti penyokong Harimau Malaya yang tular selepas dilihat menangis meraikan gol penyamaan skuad kebangsaan ketika menentang Korea Selatan.

Perkongsian berkenaan ganjaran tersebut telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Ahmad Alhafiz Najmi.

Bagaimanapun, ganjaran itu hanya akan diterima oleh penyokong yang dikenali sebagai Derrick itu jika hantaran Facebook yang dibuat Ahmad Alhafiz tersebut mencapai 10,000 perkongsian daripada pengguna Facebook.

“Saya tak minta dana atau collect dari korang. Saya hanya minta sokongan atau setuju dari korang.

“Andai kata post saya ni capai 10k shares, saya berikan sebiji Honda RS150 pada abang Derrick Gan yang sanggup menjual Yamaha Lc135 5s miliknya. Tanda sokongan kita pada beliau.

“Derrick Gan tidak patut hanya diberi pujian. Beliau patut diberi penghargaan,” tulis perkongsian Ahmad Alhafiz tersebut. 

Difahamkan, motosikal itu juga akan mendapat sumbangan bersama dengan pengguna Facebook yang lain iaitu Ahmad Motorworks dan Izan Pa’an.

Semalam, Derrick menjadi tular di media sosial selepas reaksi menangis beliau sewaktu menentang Korea Selatan dikongsikan oleh ramai pengguna.

Bahkan, demi menyokong skuad kebangsaan, beliau sanggup menjual motosikal LC milikinya pada hujung Disember lalu untuk pergi ke Qatar.

Beliau telah mengiklankan berkenaan jualan motosikal tersebut di Facebook miliknya pada 28 Disember lalu.

“Mencari dana ke Qatar. Tumpang lalu adik nak lepaskan motor demi negara tercinta,” tulis Derrick menerusi hantaran tersebut.

Menurut Derrick, dia sanggup untuk menjual motosikalnya itu demi memberikan sokongan padu kepada Harimau Malaya yang sedang berentap di perlawanan besar.

“Kejohanan besar pertama dalam sejarah Malaysia!” tulis Derrick yang teruja untuk menyaksikan Malaysia di Piala Asia.

Malaysia berjaya ikat Korea Selatan 3-3

Dalam perlawanan yang berlangsung semalam antara Malaysia menentang Korea Selatan, skuad kebangsaan berjaya mengikat Taeguk Warrior dengan keputusan seri.

Meskipun tidak dapat layak ke pusinga 16 terbaik, ternyata keputusan itu telah berjaya mengubat ekor Harimau Malaya selepas dua perlawanan yang sedikit suram.

Anak didik Kim Pan Gon itu berjaya memberikan saingan yang sengit kepada Korea Selatan sepanjang perlawanan tersebut.

Hasil jaringan saat akhir dari Romel Morales telah menyaksikan momen kebanggaan buat ramai rakyat Malaysia.

BACA: Jangan Marah Anak Kalau Malas Ke Sekolah, Mungkin Dia Dah Kena ‘Usik’

Sumber: Facebook/Ahmad Alhafi Najmi

The post Abang Ni Nak Belanja Derrick Honda RS150 Kalau ‘Post’ Capai 10,000 Share appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*