PRN: Ini Keputusan Penuh Di Keenam-Enam Negeri

keputusan penuh PRN

PRN: Ini Keputusan Penuh Di Keenam-Enam Negeri

Akhirnya segala tanda tanya terjawab selepas keputusan rasmi Pilihan Raya Negeri (PRN) di umumkan pada malam ini.

Enam negeri yang terlibat dalam PRN pada kali ini melibatkan negeri Selangor, Terengganu, Negeri Sembilan, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan.

Dalam PRN pada kali ini, keputusan menunjukkan Pakatan Nasional (PN) berjaya memenangi di tiga negeri. Tiga negeri tersebut ialah Kelantan, Terengganu dan Kedah.

Manakala tiga negeri lain iaitu Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan dimenangi oleh parti gabungan PH-BN.

Di Kelantan, PN berjaya memperoleh majoriti mudah dengan kemenangan 43 kerusi daripada 45 kerusi yang dipertaruhkan. Dua kerusi yang lain berjaya dimenangi oleh PH-BN.

Bagi negeri Terengganu pula, PN berjaya memenangi 32 kerusi majoriti mudah yang dipertaruhkan.

PN Terengganu memperoleh kemenangan yang sangat selesa tanpa memberikan peluang kepada parti lain untuk merebut kerusi yang dipertandingkan.

Lagi satu negeri yang menjadi milik PN adalah negeri Kedah. Sebanyak 36 kerusi dipertandingkan di Kedah dan 33 kerusi daripadanya telah dimenangi oleh PN dan selebihnya dimenangi oleh PH-BN.

Tiga negeri milik PN, tiga negeri milik PH-BN

Dalam pada itu, Selangor kekal menjadi milik PH-BN dengan kemenangan 34 kerusi berbanding PN dengan hanya memperoleh 22 kerusi.

Selain itu, bagi negeri Pulau Pinang pula, PH-BN telah memenangani majoriti mudah dengan kemenangan 29 kerusi berbanding 11 kerusi yang dimenangi oleh PN.

Negeri terakhir iaitu Negeri Sembilan seperti yang dijangkakan kekal menjadi milik PH-BN selepas memperoleh kemenangan majoriti mudah sebanyak 31 kerusi.

Manakala PN berjaya merebut 5 daripada kerusi yang dipertandingkan di negeri tersebut.

Keputusan yang diperolehi malam ini, seterusnya akan memperlihatkan parti yang menang akan membentuk Kerajaan Negeri mereka masing-masing.

BACA: Ramai Lega, Masalah Lif PPR Selesai Selepas Tindakan Ini, Siap Nak Bagi Internet Percuma

Sumber: Astro Awani

The post PRN: Ini Keputusan Penuh Di Keenam-Enam Negeri appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*