“Gas Aircond Tak Pernah Habis, Tak Perlu Tukar Melainkan…” Juruteknik Jelaskan Sebabnya

gas aircond habis

“Gas Aircond Tak Pernah Habis, Tak Perlu Tukar Melainkan…” Juruteknik Jelaskan Sebabnya

Pada cuaca yang panas, penggunaan pendingin hawa atau nama pendeknya ‘aircond’ menjadi kelaziman di Malaysia. Dengan kedudukan Malaysia yang terletak di kawasan tropika yang sentiasa dalam keadaan panas dan lembap, ada kalanya cuaca panas sungguh tidak menyelesakan.

Maka, pendingin hawa kini dilihat sebagai satu keperluan bagi penduduk Malaysia, khususnya ketika fasa El Nino.

Penggunaan perkakasan elektrik ini sudah semestinya tidak lari daripada pelbagai masalah. Antaranya, aircond lama menjadi tidak sejuk, tidak seperti ketika baru dibeli.

Biasanya, pesanan yang sering dititipkan oleh rakan-rakan apabila kita menghadapi masalah dengan pendingin hawa adalah:

“Lepas repair apa yang patut, kau minta abang tu pergi top up gas untuk lebih sejuk,”

Maka, ramailah yang menganggap bahawa masalah pendingin hawa ini disebabkan kandungan gas di dalam perkakas tersebut sudah ‘habis’.

Gas aircond tidak akan pernah habis, melainkan…

Namun, persepsi orang ramai mengenai perkara ini telah dipatahkan oleh seorang juruteknik yang sering membuat kandungan berkaitan barangan elektrik di TikTok.

Zuhri Mohd (@sayazuhri) menjelaskan bahawa kandungan gas di dalam pendingin hawa tidak akan pernah habis melainkan peralatan tersebut mengalami kebocoran.

Menurut pengalamannya, ramai yang tidak mengetahui perkara ini. Berdasarkan pengalaman, ramai pelanggan yang meminta dirinya untuk membuat servis ‘top up gas’ pada pendingin hawa mereka.

Juruteknik tersebut menjelaskan konsep pendingin hawa yang menggunakan sistem tertutup dengan menggunakan analogi segelas air.

“Apabila sebiji gelas diisi air sehingga penuh, jika anda tidak meminumnya, adakah air di dalam cawan akan berkurangan? Tak kan?

“Kalau ada kebocoran, air mungkin boleh habis, betul tak? Macam itu juga dengan aircond,” katanya.

Kata Zuhri, gas di dalam pendingin hawa tidak perlu ditambah melainkan servis ‘overhaul’.

Selalunya, servis ‘overhaul‘ lebih mahal berbanding dengan servis lain disebabkan perkakas tersebut perlu diturunkan dan dicuci secara mendalam.

Dalam kebanyakan kes, biasanya ia melibatkan pendingin hawa yang terlalu lama dan kotor sangat. Semasa servis tersebut dijalankan, berkemungkinan gas di dalam pendingin hawa berkenaan kurang daripada paras yang sepatutnya.

Biasanya, servis menambah gas sudahpun dimasukkan sekali dalam kos keseluruhan bagi servis overhaul. 

@sayazuhri

Korang tahu takk? #fyp #learnontiktok #tiktokguru #fypp #foryou

♬ original sound – Zuhripocoyo – Zuhri Mohd

Pada akhir videonya, Zuhri menasihati orang ramai agar meminta jaminan ‘warranty’ bagi setiap perkhidmatan yang ditawarkan oleh juruteknik.

BACA: Aplikasi Maybank M2U MY, MAE Masih Tergendala & Tidak Boleh Diguna

Sumber: @sayazuhri via TikTok

The post “Gas Aircond Tak Pernah Habis, Tak Perlu Tukar Melainkan…” Juruteknik Jelaskan Sebabnya appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*