PRN: Tiket Bas Balik Kelantan Habis Terjual

Tiket bas balik Kelantan habis terjual

PRN: Tiket Bas Balik Kelantan Habis Terjual

Ahli Parlimen Bachok, Mohd Syahir Che Sulaiman mendakwa bahawa tiket bas balik ke Kelantan yang dijual di atas talian sudah habis terjual.

Kehabisan tiket itu didakwa ekoran pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkenaan Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos depan sebagai hari mengundi.

Memetik Sinar Harian, beliau berkata bahawa kehabisan tiket itu adalah isyarat gelombang daripada anak perantauan yang mahu pulang mengundi.

“Sebaik sahaja SPR umum tarikh, anak-anak Kelantan di perantauan sudah bising.

“Situasi itu membuatkan kita (Pas) rasa teruja,” katanya semasa berucap dalam Ceramah Ppkat Pertahan Kelantan: Pas Pilihanku di Bachok pada malam Rabu.

Tambah Mohd Syahir, penjualan tiket kapal terbang pula telah mencatatkan harga yang tinggi menjelang PRN itu nanti.

Jelasnya, difahamkan tiket kapal terbang menjelang PRN nanti mencecah harga ‘kayangan’ di mana ia mampu berharga sehingga hampir RM1,000 seorang untuk tiket pergi dan balik.

BACA: 7 Bentuk Bantuan Kerajaan Untuk Golongan Belia, Ramai Yang Tak Tahu

PRN Enam Negeri Diadakan Serentak, Pengundian 12 Ogos, Penamaan Calon 29 Julai

Terdahulu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan Pilihan Raya Negeri (PRN) di Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan dijalankan serentak. Tarikh 12 Ogos ditetapkan sebagai tarikh pengundian.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata, tarikh penamaan calon di keenam-enam negeri berkenaan pula ditetapkan pada 29 Julai. Manakala pengundian awal pada 8 Ogos depan.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas di Menara SPR Putrajaya. Mesyuarat itu bagi membincangkan tarikh-tarikh penting PRN berkenaan.

BACA: Pernah Kena “Ignore” Dengan Operator, CEO Klook Kongsi Kisah Tercetusnya Idea Penubuhan Aplikasi Klook

Mesyuarat itu juga diadakan susulan penerimaan notis pembubaran rasmi Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada Speaker DUN enam negeri berkenaan.

Sebelum ini Kelantan terlebih dahulu membubarkan DUN iaitu pada 22 Jun lepas. Diikuti Selangor 23 Jun manakala Pulau Pinang, Kedah dan Terengganu masing-masing pada 28 Jun dan Negeri Sembilan pada 1 Julai.

Sumber: Sinar Harian

The post PRN: Tiket Bas Balik Kelantan Habis Terjual appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*