Bayi Perempuan Masih Bertali Pusat Ditemukan Di Kedai Ayam

bayi perempuan

Bayi Perempuan Masih Bertali Pusat Ditemukan Di Kedai Ayam

CHUKAI, 6 Julai (Bernama) — Seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan ditemukan di sebuah kedai menjual ayam di Jabor Kubor, Jalan Air Putih di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kemaman Supt Hanyan Ramlan berkata bayi yang masih hidup dan bertali pusat itu ditemukan di atas lantai kedai oleh pemiliknya pada kira-kira pukul 7.50 pagi tadi, ketika mahu memulakan perniagaan.

Beliau berkata bayi itu kemudiannya dibawa ke Hospital Kemaman oleh anggota polis untuk rawatan dan siasatan lanjut.

“Bayi tersebut dilahirkan dalam keadaan sempurna dan dianggarkan berusia antara tiga hingga empat hari berdasarkan keadaan tali pusat,” katanya pada sidang media di Balai Polis Air Putih di sini, hari ini.

Hanyan berkata pihaknya telah menghubungi klinik dan membuat pemeriksaan di klinik swasta untuk mengesan individu yang terlibat.

“Kita telah mengarahkan semua klinik swasta supaya memaklumkan kepada polis atau pihak berkuasa sekiranya ada maklumat berkaitan pesakit wanita yang baru bersalin.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran,” katanya.

Sumber: BERNAMA

The post Bayi Perempuan Masih Bertali Pusat Ditemukan Di Kedai Ayam appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*