Projek Jana Wibawa: Wan Saiful, Ahli Perniagaan Dihadap Ke Mahkamah

wan saiful mahkamah

Projek Jana Wibawa: Wan Saiful, Ahli Perniagaan Dihadap Ke Mahkamah

KUALA LUMPUR, 21 Feb (Bernama) — Ketua Penerangan Bersatu Datuk Wan Saiful Wan Jan dan ahli perniagaan Adam Radlan Adam Muhammad dihadapkan ke dua Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan meminta dan menerima rasuah berhubung projek Jana Wibawa.

Wan Saiful, 48, dan Adam Radlan, 42, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Hakim Azura Alwi dan Hakim Suzana Hussin.

“Saya mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan”, kata Wan Saiful yang juga Ahli Parlimen Tasek Gelugor.

Dia didakwa meminta suapan wang daripada Lian Tan Chuan sebagai dorongan untuknya membantu syarikat Nepturis Sdn Bhd mendapatkan projek “Central Spine Road: Sertik Ke Persimpangan Lebuhraya Pantai Timur” daripada Kerajaan Malaysia secara Pra Kelayakan yang keseluruhannya bernilai RM232,000,000.

Wan Saiful juga dituduh menerima bagi dirinya suatu suapan, iaitu wang tunai sejumlah RM6,962,694.54 melalui akaun CIMB Bank Berhad milik syarikatnya WSA Advisory Group Sdn Bhd daripada akaun Maybank Islamic Berhad milik Syarikat Nepturis Sdn Bhd sebagai upah membantu syarikat Nepturis mendapatkan Surat Setuju Terima (SST) bagi projek sama.

Bekas pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) itu didakwa melakukan kedua-dua perbuatan tersebut di Royal Lake Club, Taman Tasik Perdana di sini, sekitar April 2022 dan di CIMB Bank Berhad Cawangan Bukit Tunku, Taman Tunku, Bukit Tunku di sini antara 8 Julai 2022 hingga 30 Sept 2022.

BACA JUGA: Kenapa Tergesa-gesa Untuk Dengar Rayuan Najib – Shafee

Adam Radlan pula didakwa meminta suapan iaitu wang tunai sejumlah 3.5 peratus hingga tujuh peratus daripada nilai projek yang akan diperoleh daripada Mat Jusoh Mamat iaitu Pengarah Urusan syarikat MIE Infrastructure & Energy Sdn Bhd.

Perbuatan itu sebagai dorongan untuk tertuduh membantu syarikat MIE Infrastructure mendapatkan SST bagi projek di bawah Program Jana Wibawa daripada Kerajaan Malaysia.

Adam Radlan turut didakwa menerima suatu suapan wang tunai berjumlah RM500,000 ke dalam akaun CIMB Bank Berhad miliknya daripada Mat Jusoh sebagai upah bagi dirinya kerana membantu syarikat tersebut mendapatkan SST bagi Projek Membina Jalan Sungai Adam ke Kampung Banat, Perlis daripada Kerajaan Malaysia secara rundingan terus yang jumlah keseluruhannya bernilai RM47,800,000.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu restoran di Dutamas dan di CIMB Bank Berhad Cawangan Bukit Tunku, Taman Tunku pada Mac 2021 dan 26 Nov 2021.

Pertuduhan terhadap mereka dikemukakan mengikut Seksyen 16 (a) (A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 (1) akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau denda RM10,000 atau mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Sumber: BERNAMA

The post Projek Jana Wibawa: Wan Saiful, Ahli Perniagaan Dihadap Ke Mahkamah appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*